Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Perhimpunan Bulanan KEMENTAH

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menghadiri perhimpunan bulanan MINDEF yang di adakan di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 3 Ogos 2015.

       Dato’ Seri Hishamuddin dalam ucapannya meminta seluruh warga MINDEF untuk memberi tumpuan khususnya kepada usaha menjayakan pelan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) melalui lima pendekatan  iaitu Meningkatkan kesiapsiagaan aset dan kemudahan fizikal ATM, Meningkatkan keupayaan bagi berhadapan ancaman bukan tradisional termasuklah meningkatkan keselamatan di Sabah, Menambahbaik aspek kebajikan anggota dan veteran ATM, Memperkukuh sektor inovasi dan pengkomersialan industri pertahanan dan Menjayakan program transformasi PLKN.

      Perhimpunan di serikan lagi dengan Penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Kementerian Pertahanan, Penyampaian sijil Penghargaan Makmal Transformasi PLKN, Penyampaian Surat Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Induk Briged Sukarelawan Khidmat Negra (BSKN) dan Penyampaian Mock Cheque Bounti BSKN.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Mohd Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-Panglima dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan pegawai tinggi tentera dan awan serta sebahagian warga mindef yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close