Bersama PemimpinPasukan SimpananSemasa

Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Ke-34

SELANGOR: Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, berkenan mencemar duli merasmikan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam ke-34. Berkekuatan seramai 1620 Pegawai Kadet PALAPES, terdiri daripada 750 Pegawai Kadet Lelaki dan 870 Pegawai Kadet Wanita dari 18 Universiti Awam Malaysia, bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM)  pada 15 Ogos 2015.

Bertemakan Watan Mendaulat Nusa, Istiadat pentauliahan dimulai dengan perbarisan pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES di padang kawad UPM seterusnya penyampaian watikah tauliah yang diadakan di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Perbarisan Pentauliahan Diraja diketuai oleh Pegawai Rendah Muda Muhammad Syahiran Abd Sukor dari UPM manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan PW I Imran Chee dari Universiti Malaysia Perlis (UMP). Pancaragam pengiring adalah dari gabungan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam Titah Ucapan Sultan Selangor, Baginda menyeru kepada Pegawai Kadet yang baru ditauliahkan supaya sentiasa menabur bakti kepada Pasukan amnya dan Negara khasnya apabila menamatkan pengajian kelak, serta sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesukarelawan kelak.

“gunakan Ilmu yang dipelajari sebaiknya di pasukan kelak, sentiasa menjaga semangat patriotik disamping siap sedia berkorban untuk negara serta menjadi insan yang berguna dan terapkan semangat, disiplin tentera dalam diri”.

Pegawai Kadet terbaik setiap Universiti Awam diperkenalkan kepada Sultan Selangor dalam satu majlis ramah mesra ringkas di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Roslan Saad TUDM, Naib Canselor UPM Kol (K) Prof Dato’ Dr Mohd Fauzi Hj Ramlan.

Gambar : SSjn Nor Rizam Hamad

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close