Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Pelancaran Jejak Jeneral

KUALA LUMPUR: Jejak Jeneral sebuah program dokumentari 13 episod terbitan khas Capital TV, memaparkan barisan individu yang pernah memegang tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Majlis Pelancaran dan Sidang Akhbar rancangan dokumentari diadakan di Auditorium KEMENTAH dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin pada 3 Ogos 2015.

Dokumentari ini merupakan pertama kali diterbitkan dan sekaligus membuka lembaran baru dalam sejarah penyiaran Negara. Rancangan ini memaparkan pengalaman, kejayaan serta kenangan panglima-panglima terdahulu dan ianya diharapkan menjadi satu inspirasi dan dorongan kepada generasi akan datang amnya dan warga ATM khasnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Capital TV, Noor Azman Yusof dalam ucapan pembukaan berkata:

“Adalah menjadi kerugiaan amat besar jika kisah dan pengalaman panglima-panglima ini dibiarkan tenggelam bersama arus permodenan. Pengorbanan pemimpin angkatan tentera bersama pasukanya bukanlah pengorbanan yang kecil, mereka bermati-matian mempertahankan tanah air, bermandi darah dan keringat demi keamanan dan kesejahteraan tanah air untuk ditinggalkan kepada generasi seterusnya.”

Lebih menarik, dokumentari ini memaparkan episod khas bersama PAT yang berkongsi detik peristiwa berdarah pencerobohan Lahad Datu secara eksklusif.

Rancangan dokumentari ini ditayangkan di HyppTV, saluran 420, pada setiap selasa, jam 8.30 malam bermula 4 Ogos 2015 sepanjang bulan kemerdekaan.

Turut hadir KSU KEMENTAH, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota LLP dan mantan panglima.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close