HUTSemasa

MMR HUT RAMD Ke-82

KUALA LUMPUR:  Yang Teramat Mulia Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Tunku Temenggong Kedah berangkat mencemar duli ke Majlis Santapan Makan Malam Rejimental sempena sambutan Hari Ulang Tahun RAMD Ke-82 bertempat di hotel terkemuka Bukit Bintang pada 21 Ogos 2015.

Ketibaan Tunku Sallehuddin di sambut oleh Pengerusi RAMD, Lt Jen Dato Sri Zulkiple Hj Kassim dan diiringi oleh Yang Teramat Mulia Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Tunku Panglima Besar Kedah.

Majlis dimulakan dengan acara bergambar bersama mantan-mantan Pengerusi dan Pegawai-pegawai Kanan RAMD seterusnya Tunku Temenggong Kedah beredar ke Dewan Santapan dan diakhiri dengan acara memotong kek HUT RAMD serta penyampaian cenderahati.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Mantan-mantan PAT, PTD, Pegawai-pegawai RAMD serta isteri masing-masing.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close