Bersama PemimpinHUTSemasaTrup TD

GGK Di Usia 50 TAHUN

JOHOR: Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar selaku Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas, berkenan mencemar duli menyaksikan perbarisan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Grup Gerak Khas (GGK) Ke-50 serta sambutan Jubli Emas GGK bertempat di Padang Wawad Markas 21 GGK pada 25 Ogos 2015.

Perbarisan terdiri daripada 18 pegawai dan 171 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) GGK, diketuai oleh Lt Kol Alfarizan Marzukir diiringi Pancaragam Gabungan GGK dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Dalam titah ucapan DYMM Sultan Johor, baginda mengingatkan kepada warga GGK agar tidak melupakan segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh pejuang terdahulu keranaiIanya menjadi tanggungjawab yang harus dipikul oleh warga GGK kini bagi mempertahankan dan memelihara segala yang dinikmati kini serta tidak leka, lalai dan mengambil mudah dengan kesenangan yang diperolehi kini.

Dalam era ketenteraan semakin membangun dan moden, anggota GGK hendaklah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan yang bakal mendatang dan setiap anggota mestilah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terkini dalam semua aspek ketenteraan seiring dengan perkembangan sistem  pertahanan yang lebih moden serta kemajuan teknologi yang pesat,”titah baginda.

Acara diteruskan dengan DYMM Sultan Johor menyampaikan Pingat Peringatan Jubli Emas Gerak Khas kepada Pegawai Kanan TD dan Mantan GGK serta penganugerahan Beret Hijau Kehormat oleh Panglima GGK, Brig Jen Dato’ Effendi Hj Ab Karim kepada Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor disaksikan oleh DYMM Sultan Johor.

Turut hadir Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim,Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abd Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin,Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Stasf TD, Mej Jen Datuk Mazelan Kasap, Pegawai-pegawai kanan dan Pesara GGK.

Gambar: SJn Vijay Gaundar a/l Arikrishnan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close