BAKAT BERAYA BERSAMA STAY DAN PPDK

KUALA LUMPUR: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat beraya bersama 43 pelajar-pelajar dari Sekolah Tahfiz Anak Yatim (STAY) ATM, 50 anak-anak istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Al-Mawaddah Sungai Besi, 55 anak-anak istimewa dari PPDK Desa Tun Hussein Onn bertempat di Dewan Dato’ Othman Harun, berlangsung di Kem Wardieburn pada 5 Ogos 2015.

Majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Dato’ Hjh Umi Kalsom Wan Awang diiringi oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Norlida Hj Abdul Mubin ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping beramah mesra diantara satu sama lain serta memantau kebajikan dan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar tahfiz dan anak-anak istimewa ini agar kebajikan mereka sentiasa terjaga. Acara ini turut dimeriahkan dengan pemberian duit raya kepada pelajar tahfiz dan anak-anak istimewa ini oleh Pengerusi dan Naib Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat. Anak-anak istimewa yang diraikan berusia di antara tiga hingga 36 tahun yang menghidapi autisma, down sindrom, masalah pembelajaran, celebral palsy dan amyoplasia.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi Darat, Datin Seri Noor Akmar Yaacob, Naib Pengerusi 1 Jemaah Tertinggi Darat, Datin Sri Zaleha Mohd Yusof, pegawai-pegawai dan aggota LLP.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close