Bersama PemimpinSemasa

Warga KRD Berbuka Puasa Bersama Pengerusi Kor

KUALA LUMPUR: Seramai 500 warga Kor Risik Diraja (KRD) terdiri dari 380 Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bersama dengan 120 pesara KRD hadir dalam Majlis Berbuka Puasa KRD Zon Tengah bersama Pengerusi KRD, Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hj Hussin dan isteri Datin Salmah Mohamed Saleh yang dianjurkan oleh 92 ATCK bertempat di Jalan Bellamy pada 7 Jul 2015.

Majlis yang menjadi acara tahunan ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan baik di antara anggota KRD yang masih berkhidmat dengan pesara KRD dan juga Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) serta mengambil berat akan kebajikan warga veteran KRD dalam menghargai jasa bakti dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat dahulu.

Turut hadir Jen Tan Sri Mohd Ghazali Dato’ Mohd Seth (Bersara), Lt Jen Datuk Mohd Salleh Ismail (Bersara),  Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Mohd Sobri Paridaluddin Ismail, Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor, pegawai-pegawai dan anggota LLP KRD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close