Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Perutusan Hari Raya PAT Kepada Warga ATM

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin telah menyampaikan perutusan Hari Raya Aidilfitri 2015 kepada kira-kira 500 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan di Auditorium KEMENTAH, Wisma Pertahanan pada 14 Julai 2015.

Beliau turut mengingatkan kepada warga ATM supaya berwaspada dan mengutamakan keselamatan semasa memandu pulang ke kampung dan kembali bertugas serta merancang perjalanan dengan betul agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

Diakhir majlis, beliau bersalaman dengan anggota yang hadir serta menyampaikan buah tangan berupa kain pelikat dan kain batik kepada semua yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL, PTU, pegawai-pegawai ATM dan LLP.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close