MK TDSemasa

Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR:  Seramai 24 Pegawai Kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat dinaikkan pangkat yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Transit pada 9 Jul 2015.

Pemakaian pangkat di dahului oleh Kol Adnan Hj Ariffin yang dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Sumber Manusia MK TD manakala Kol Zaharin Jamel turut di pakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Semboyan MK Pemerintahan Medan Barat.

Bagi kenaikkan pangkat Lt Kol ke Kol seramai lima pegawai kanan dinaikkan pangkat didahului oleh Lt Kol Romainor Mohamed dan 17 pegawai dinaikkan pangkat dari Mej Ke Lt Kol didahului oleh Mej Taufan Dato’ Paduka Hj Ghazali.

Pada masa sama PTD turut memakaikan pangkat Lt kepada tiga pegawai sukarela Askar Wataniah di dahului oleh Kpl Jakim Yusuf yang urut dihadiri oleh Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Seri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki  Mokhtar, pegawai-pegawai kanan TD serta isteri-isteri pegawai yang dinaikkan pangkat.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

One Comment

  1. Assalamualaikum.

    Nama saya Jakim Yusof dari Sabah. Terlibat dalam askar wataniah di bawah RAJD dan pernah mengikuti Majlis Pemakaian Pangkat di Wisma Transit pada 9 Julai 2015. Saya minta jasa baik tuan kalau boleh, saya nak minta softcopy gambar majlis tersebut. terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close