3 DivSemasa

UKM 3 DIV Tingkat Kemahiran Menembak Warganya

MELAKA: Sebanyak lima Tim terdiri dari MK 1 Bgd, MK 4 Bgd (Mek), MK 7 Bgd, Div Arti dan Trup Div terlibat dalam Ujian Kemahiran Menembak (UKM) 3 Div tahun 2015 yang disempurnakan acara penutup oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain bertempat di Lapang Sasar Terendak selama lapan hari bermula dari 4 hingga 12 Jun 2015.

xTujuan UKM 3 Div adalah untuk mendapatkan bakat-bakat baharu di dalam kemahiran menembak untuk diketengahkan dalam pertandingan UKM TD yang mana UKM TD merupakan medan ujian dalam menilai kemampuan dan tahap kemahiran yang telah dicapai oleh individu dan kumpulan.

Johan keseluruhan UKM 3 Div disandang oleh MK 4 Bgd (Mek), tempat kedua MK 7 Bgd, ketiga dari MK 1 Bgd, keempat Trup Div dan Div Arti menduduki tempat kelima manakala Sjn Shahadan Mahmood dari MK 7 Bgd dinobatkan sebagai Johan UKM peringkat 3 Div bagi tahun 2015.

Gambar: Kpl Mohd Hafiz Hamzah

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close