Bersama PemimpinMINDEFSemasa

PTD Lancar Tabung Ihya’ Ramadhan Dan Agih Sumbangan Tabung Zakat ATM

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Affandi Raja Mohamed Noor  melancarkan Tabung Ihya’ Ramadhan serta menyampaikan sumbangan Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersempena kedatangan bulan Ramadhan bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 19 Jun 2015.

Tabung Ihya’ Ramadhan ini merupakan sumbangan derma dari setiap perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta perseorangan dan  digunakan bagi meneruskan aktiviti-aktiviti di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan seperti berbuka puasa, moreh, tadarus serta ceramah.

Bagi Sumbangan Tabung Zakat ATM untuk masjid, surau jumaat dan surau ATM, sejumlah RM210,000.00 diluluskan oleh Jawatan Tabung Zakat ATM dan diagihkan kepada 210 surau dan masjid ATM sebagai bantuan melaksanakan program Ihya’ Ramadhan.

Terdahulu, ceramah agama disampaikan oleh Pensyarah Kanan Ijaz Al-Quran dari Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Shukki Othman dan bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Besar Masjid Khalid Al-Walid, PW I Hj Mohamad Nor Ahmad untuk diperdengarkan kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan, warga ATM dan warga Kementerian Pertahanan.

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close