Bersama PemimpinSemasa

PM Berbuka Puasa Bersama Warga ATM

NEGERI SEMBILAN: Seramai 3000 Pegawai dan anggota Lain -Lain Pangkat dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Warga ATM Bersama Perdana Menteri (PM), Dato’ Sri Mohd. Najib Hj Tun Abdul Razak yang di sambut oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein  bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 23 Jun 2015.

Majlis bertujuan untuk memberi peluang dan ruang diatas kesudian PM turun padang dan mendampingi warga tentera serta prihatin terhadap kebajikan anggota tentera dalam menghargai jasa bakti dan pengorbanan warga ATM didalam penglibatan operasi bencana serta bantuan kemanusiaan di dalam mahupun luar negara yang  telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi.

Dalam ucapan PM, beliau menegaskan bahawa aspek perumahan masih lagi merupakan agenda yang belum dapat diselesaikan sepenuhnya serta memberi jaminan masalah perumahan yang dihadapi oleh anggota tentera akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Seperti di Pusat Latihan Asas Tentera Darat sekurang-kurangnya 800 anggota masih berhadapan dengan masalah berkenaan, begitu juga dengan anggota di Kem Syed Sirajuddin, Gemas sehingga ada yang menyewa di Segamat Johor,” katanya.

Pada masa yang sama PM menyampaikan cek RM500,000 kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) Malaysia dan menunaikan solat Maghrib, Isya’ serta solat sunat Tarawih berjemaah bersama warga ATM yang diimamkan oleh Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Datuk Kamarudin Mamat di Masjid PUSASDA.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Hj Mohamed Hassan, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL, PTU, TPTD, pegawai-pegawai ATM dan LLP.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close