3 DivSemasa

PIP Eratkan Hubungan TDM Dengan TDS

NEGERI SEMBILAN: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengadakan Program Interaksi Professional (PIP) antara Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dengan Divisyen Ketiga Tentera Darat Singapura (3 Div TDS) yang diadakan selama empat hari bermula 2 hingga 5 Jun 2015 bertempat di sekitar Seremban dan Port Dickson.

Delegasi 3 Div TDS di bawa melawat ke Pusat Latihan Pengaman Malaysia (PLPM) dan Muzium Tentera Darat, Port Dickson serta turut diadakan satu Perlawanan Bola Sepak Persahabatan bertempat di Padang Bola Sepak 2 KAD.

Turut terlibat dalam program tersebut, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Datuk Adnan Abu Bakar, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Ab Aziz Hj Abdullah dan Komander Artileri Divisyen, Kol Ahmad Abdul Rahman.

Gambar: Kpl Mohd Hafiz Hamzah

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close