Bersama PemimpinMK TDSemasa

Penganugerahan Pangkat Kehormat Askar Wataniah

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

KUALA LUMPUR: Seramai Enam Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah (AW) dianugerakan pangkat Kehormat yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Markas Tentera Darat (MK TD) pada 22 Jun 15.

Penganugerahan pangkat Kolonel Kehormat dimulakan dengan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis Romli Dai,  SUK Negeri Kedah Dato’ Paduka Hj Mohd Puat Hj Mohd Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pertahanan, Dato’ Mohammad Foad Hj Abdullah. Ketiga-tiga pegawai ini seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Pendukung negeri masing-masing.

Seterusnya pangkat Leftenan Kolonel Kehormat dianugerahkan kepada Dato’ Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung AW (AJKPAW) Negeri Sembilan, Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) Datuk Anwari Surii Ahli dilantik sebagai AJKPAW Negeri Selangor dan Hj Yaakop Hj Md Saad dilantik sebagai AJKPAW Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir Ketua Staf MK TD Mej Jen Datuk Mazlan Kasap, Asisten Panglima Pasukan Simpanan Mej Jen Dato Pahlawan Zulkifli Mansor, Ketua Jurutera, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad, AKS P&P Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany, pegawai-pegawai kanan TD serta isteri-isteri pegawai yang dinaikkan pangkat.

[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″]

[Best_Wordpress_Gallery id=”20″ gal_title=”PKT kehormat”]

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close