Bersama PemimpinSemasa

Pegawai Muda TD Tamat Kursus Induksi

NEGERI SEMBILAN: Seramai 135 Pegawai Muda Lelaki Tentera Darat dan 32 Pegawai Muda Wanita TD terlibat dalam Penutup Kursus Induksi Pegawai Muda TD Tahun 2015 yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Auditorium Sebatang Karah, Akademi Tentera Darat (ATD) pada 15 Jun 2015.

Kursus Induksi Pegawai Muda TD Tahun 2015 ini diadakan selama lima minggu mulai dari 16 Mei hingga 15 Jun 2015 yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada Pegawai Muda TD akan tugas dan tanggungjawab serta peranan sebagai seorang pegawai tentera yang berdidikasi serta berdisplin tinggi sebelum kembali ke pasukan masing-masing.

Dalam ucapan penutup PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Muda kerana memilih TD sebagai kerjaya yang mana dikalangan rakyat Malaysia kini masih ada anak muda yang berjiwa besar memilih tentera sebagai kerjaya dan secara tidak langsung menjadi pewaris serta pelapis yang akan menentukan hala tuju TD pada masa akan datang.

“Menjadi seorang pegawai tentera bukanlah satu kerjaya yang mudah dan ianya mempunyai nilai yang tersendiri berbanding dengan kerjaya lain yang ada di negara ini kerana tidak semua orang mampu untuk menjadi seorang pegawai tentera yang berkredibel serta mampu memimpin dengan baik terhadap anggota bawahannya,” tegas beliau.

Pada masa yang sama turut diadakan sesi dialog antara PTD dengan Pegawai Muda yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pertanyaan dari Pegawai Muda bertanyakan akan isu terkini berkaitan TD.

Turut hadir Ketua Staf Markas TD, Mej Jen Dato’ Mazelan Kasap, Panglima Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat (PL&DTD), Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki serta pegawai-pegawai Kanan TD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close