MINDEFSemasa

Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

SELANGOR:  Koperasi Tentera mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-50 yang disempurnakan oleh  Timbalan Menteri Pertahanan , Datuk Abdul Rahim Bakri mewakili Menteri Pertahanan (MENHAN) merangkap Penaung Koperasi Tentera diringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor  bertempat di Dewan PERHEBAT,  Sungai Buloh pada 14 Jun 2015.

Terdahulu dari itu, turut diadakan pengundian serta pemilihan Ahli Lembaga Pengarah yang baharu yang mana hanya memilih empat ahli yang tetinggi undiannya dan   dimenangi oleh PW I Mustapha A.Jalil dengan jumlah undi sebanyak 11,477 manakala PW I Romzi Abd Wahab 11,210 undi, Mej Jen Dato’ Zulkiflee Mazlan (Bersara) 9,709 undi dan Lt Kol Hj Abdul Halim Mohd Noor dengan 8,724 undi.

Dalam ucapan Timbalan MENHAN,  Koperasi Tentera kini diiktiraf sebagai di antara peneraju koperasi kredit di Malaysia dengan aset terkumpul berjumlah RM2.9 bilion dan kini sedang giat membuat persiapan untuk menjadi sebuah bank koperasi yang patuh syariah jika diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNB) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Untuk tahun 2014, koperasi ini sekali lagi berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan keupayaan menjana keuntungan sebelum cukai berjumlah RM165.1 juta dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu adalah sesuatu yang membanggakan, lebih-lebih lagi mampu membayar dividen sebanyak 10% atau lebih secara berterusan,” jelas beliau.

Pada masa yang sama, Tim MENHAN turut meyampaikan sumbangan dari Koperasi Tentera kepada penerima  Skim Takaful Berkelumpuk ATM, Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) kategori PT3 dan SPM serta Anugerah Setia Tahun 2014 yang bertujuan  menghargai anggota tentera yang terlibat dengan kematian, anak-anak anggota tentera yang cemerlang dalam pelajaran dan ahli-ahli Koperasi Tentera yang aktif dalam keanggotaan dengan tempoh yang melebihi 20 tahun.

Turut hadir Naib-naib Yang Dipertua Koperasi Tentera, Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin wakil Panglima Tentera Laut, Mej Jen Dato’ Marsaleh Hashim TUDM wakil Panglima Tentera Udara, Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia,  Hjh Hawa Mohamed Salleh, Pegawai-pegawai Kanan ATM, anggota LLP ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan orang awam yang menjadi ahli Koperasi Tentera.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close