2 DivBersama PemimpinSemasa

Majlis Berbuka Puasa Warga dan Pesara KRD Zon Pantai Timur

KELANTAN: Seramai 81 Pesara Tentera Kor Risik Diraja (KRD) dari zon Pantai Timur Malaysia hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Warga dan Pesara KRD bersama Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS Perisikan), Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor bertempat di Hotel Perdana, Kelantan pada 26 Jun 2015 yang dikelolakan oleh Cwg Risik MK 8 Bgd.

Majlis yang menjadi acara tahunan ini bertujuan untuk mengekalkan hubungan baik di antara Kelab Veteran Risik Malaysia (KVRM) dan anggota KRD yang masih berkhidmat disamping prihatin terhadap kebajikan warga veteran dalam menghargai bakti dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat kepada TD amnya dan KRD khasnya. Dalam ucapan AKS Perisikan, beliau menzahirkan kebanggaan beliau akan  keutuhan hubungan silaturrahim antara KVRM dan KRD disamping kebajikan pesara dan yang masih berrkhidmat sentiasa terpelihara.

“Saya amat berbangga dengan keakraban hubungan ini. Malah semasa bencana banjir melanda negeri Kelantan, Cwg Perisikan telah memberikan sumbangan sebanyak RM500 kepada warga KRD yang menjadi mangsa banjir sama ada yang masih berkhidmat dan juga anggota veteran KRD. Suka saya ingatkan, sekiranya kor ini terlepas pandang permasalahan  ahli-ahli pesara yang lain, saya memohon kepada tuan-tuan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada Jabatan Arah Risik untuk tindakan selanjutnya. Sebarkan kepada mereka yang masih tidak berdaftar dengan KVRM agar mendaftar dengan segera supaya ikatan ukhwah ini akan terus terjalin. Saya juga ingin menyeru kepada semua agar mengambil peluang di bulan yang mulia  yang datang hanya setahun sekali ini untuk memperbanyakkan amal ibadah.”

AKS Perisikan seterusnya melaksanakan ibadah solat sunat Tarawih berjemaah bersama-sama warga KRD bertempat di surau yang disediakan. Turut hadir semasa majlis Pengarah BAPP Agensi Remote Sensing Malaysia, Kol Mahmud bin Ahmad, Pengarah Direktorat Bantuan BSPP, Kol Nazeri bin Ismail dan PS 1 Am Jabatan Arah Risik, Lt Kol Raslam bin Hj Dollah.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close