MINDEFSemasa

Kumpulan Media KEMENTAH Melawat Media Prima

Kuala Lumpur: Seramai 28 orang wakil kumpulan media KEMENTAH yang diketuai oleh Ketua Komunikasi Korporat KEMENTAH, Hj Johari Mohd telah membuat lawatan ke Media Prima di Bandar Utama, Petaling Jaya. Lawatan khas itu dibuat adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kumpulan media KEMENTAH bagaimanakah cara pengoperasian media di sektor awam disamping membina hubungan dua hala antara kumpulan media KEMENTAH dan Media Prima.

Disepanjang lawatan tersebut, peserta didedahkan dengan kemampuan media untuk menyalurkan mesej yang hendak disampaikan selain daripada keupayaannya untuk mempromosikan sesebuah organisasi, individu mahupun produk. Selain itu juga, terdapat sesi bertukar pendapat di antara wakil media KEMENTAH bersama-sama wakil Media Prima untuk meningkatkan imej Kementerian Pertahanan di mata rakyat.

Peserta turut diberi peluang untuk melihat  sel produksi dan studio-studio utama TV 3 yang digunakan untuk rancangan seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Buletin Utama selain menyaksikan siaran Berita Terkini Jam 1100  secara langsung.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close