MK TDSemasa

Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan TD

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

KUALA LUMPUR: Seramai 39 Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Dewan Perkasa Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 8 Jun 2015.

Pemakaian Pangkat dimulakan dengan kenaikan pangkat Kol Suriakala Suriabagavan yang dinaikkan pangkat Brig Jen serta menjawat jawatan sebagai Pengarah CTK MK ATM-BPA dan Kol (Dr) Rosman Ab Rahman yang turut dinaikkan pangkat Brig Jen serta menjawat jawatan sebagai Pakar Bedah Am 94 HAT Tuanku Mizan.

Manakala enam Pegawai Kanan TD dinaikkan pangkat dari pangkat Lt Kol ke Kol di dahului oleh Lt Kol Ir Ruslan Sulaiman serta 31 Pegawai dinaikkan pangkat dari pangkat Mej ke Lt Kol dan pada masa yang sama PTD turut memakaikan pangkat kepada dua Pegawai Sukarela yang dinaikan pangkat Mej dan Kapt selain turut memakaikan Sayap Juruterbang PUTD kepada dua pegawai berpangkat Kapt.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah dan berharap dengan kenaikkan pangkat ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada mereka yang dinaikkan pangkat agar dapat menaikkan lagi imej serta nama TD dan berterima kasih kerana sedar akan tentangan terbaru yang berlaku dalam TD dan juga diseluruh dunia sekarang iaitu IS.

Saya bangga kerana anda semua mempunyai satu sudut pandangan yang melihat mengenai kepentingan perkara ini di dalam perkhidmatan dan sama-samalah kita lakukan apa yang terbaik bagi menentukan landasan TD tidak diganggu gugat oleh anasir-anasir ini,” tegasnya.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Pegawai-pegawai Kanan TD serta isteri-isteri Pegawai Kanan yang dinaikkan pangkat.

[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″]

[Best_Wordpress_Gallery id=”17″ gal_title=”Kenaikan Pkt”]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close