HUTPasukan SimpananRencana

HUT AW ke 57

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

[dropcap]P[/dropcap]asukan sukarela wujud di Tanah Melayu sejak tahun 1861 dengan penubuhan pasukan sukarela yang dinamakan Penang Volunteer. Pada tahun 1902, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan manakala Pahang mula menubuhkan unit sukarelanya yang dikenali sebagai Malay State Volunteer Rifles (MSVR). Pasukan sukarela tersebut terus berkembang dan beberapa pasukan baru ditubuhkan dengan gelaran Malay Federated Malay States Volunteer Force‘ (FMSVF), Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Apabila tercetusnya Perang dunia Kedua, semua pasukan sukarela yang wujud berganding bahu dengan angkatan tetap menentang tentera Jepun di Malaya dan ketika tercetus darurat di tanah air pada tahun 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) ditubuhkan. Home Guard ini memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.

Dalam tahun 1958, apabila keadaan keselamatan dalam negeri dapat dikawal semula Home Guard dibubarkan. Memandangkan ramai dari kalangan anggota Home Guard mahu terus menyumbang perkhidmatan sukarela mereka, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengambil keputusan untuk menghidupkan serta menyusun pasukan sukarela supaya ianya lebih berkesan dan tersusun rapi, sesuai dengan tujuan penubuhan pasukan sukarela tersebut. The Territorial Army Ordinance digubal pada tahun 1958. Dengan kuasa Ordinan ini pasukan sukarela yang baru dikenali dengan nama Askar Wataniah ditubuhkan pada 1 Jun 1958 .

Screen Shot 2015-07-08 at 12.07.52 PMAW merupakan salah satu pasukan di dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang  berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Terdapat pelbagai Rejimen dan Kor dalam AW yang mempunyai peranan dan tugas tersendiri. Pasukan-pasukan AW  diletakkan di bawah pentadbiran briged setempat dan di bawah kawalan teknikal Bahagian Pasukan Simpanan (BPS). Pasukan AW diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut Elemen Tempur, Bantuan Tempur, Bantuan Perkhidmatan, Elemen Pakar dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).

Dato’ Yeop Mahidin Mohamed Shariff, merupakan Pengarah AW yang pertama. Pada tahun 1963, sekali lagi pasukan Askar Wataniah mengalami penyusunan semula. Pada tahun ini juga, Persekutuan Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia yang mana ia merangkumi Singapura, Sabah dan Sarawak. Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 bagaimanapun ditentangi oleh kerajaan Indonesia (pimpinan Presiden Sukarno). Ini mengakibatkan pihak Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia dan sekali lagi keselamatan negara terancam. Sebilangan besar anggota ini dikerah berkhidmat sepenuh masa bagi membantu tentera Tetap menjalankan tugas. Dengan timbulnya pelbagai ancaman terhadap keselamatan negara, pasukan AW mula diperbesarkan.

Screen Shot 2015-07-08 at 12.08.36 PMPada 2 Jun 2015, bertempat di Politeknik Sultan Azlah Shah (POLISAS) bersempena dengan Perbarisan Pembukaan latihan MALPTAAC yang dirasmikan oleh Brig Jen Dato’ Ezam Wan Chik, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, ianya turut diadakan besempena sambutan HUT AW ke-57.

Pada sebelah malam pula diadakan majlis tahlil yang dirasmikan oleh Mej Jen Dato’ Pahlawan Zulkifli Mansor, Asisten Panglima Pasukan Simpanan. Manakala pada 14 Jun 2015, diadakan program derma darah yang dirasmikan oleh Lt Kol (K) Datuk Haji Mohlis Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik.

Gambar: LKpl Mohamad Ridhuan Mohd Suhaimi

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Close