Bersama PemimpinSemasa

Disiplin dan Moral Tunjang Produktiviti Warga TD

PAHANG: Warga Kolej Perisikan ATM termasuk Penuntut Kursus ¬†menghadiri sesi ceramah bertajuk Disiplin dan Moral yang disampaikan oleh Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor bertempat di Auditorium Kolej Perisikan¬†pada 10 Jun 2015.

Tujuan ceramah diadakan adalah untuk menerapkan nilai disiplin dan moral yang tinggi serta membincangkan penyelesaian terhadap masalah yang telah berlaku agar menjadi iktibar kepada semua pegawai dan anggota TD dalam meningkatkan produktiviti kerja.

Menurut AKS Perisikan, disiplin ialah peraturan yang dibuat untuk membentuk manusia menjadi baik serta dipatuhi oleh setiap pegawai, dan anggota tentera kerana tanpa disiplin akan berlaku pelbagai tindakan negatif yang boleh memberi imej buruk kepada TD.

Beliau menambah, moral membawa maksud semangat untuk menentukan manusia menjadi positif atau negatif dalam menjalankan setiap penugasan yang diberikan kepada setiap pegawai dan anggota TD.

“Jangan biarkan faktor-faktor negatif menyelubungi serta mempengaruhi kualiti kerja kerana itulah bukti ibadah kita sebagai hamba Allah yang akan disoal nanti di akhirat kelak serta jalankan tugas dengan niat dan hati yang ikhlas kepadanya”, tegas beliau.

Turut hadir dalam sesi ceramah, Komandan Kolej Perisikan ATM Kol Som Phong Klop, Pegawai Staf Pengurusan Cawangan Perisikan, Lt Kol (KM) Abdul Kadir Jayalani Shahul Hameed.

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close