Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Aset TD Diperkasakan Dalam RMK-11

KUALA LUMPUR:  Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan untuk meningkatkan lagi hala tuju Kementerian Pertahanan bagi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dengan memberi tumpuan kepada empat aspek utama yang mana Tentera Darat  juga tidak ketinggalan untuk diperkasakan lagi asetnya dalam kenyataan media beliau yang di keluarkan oleh Kementerian Pertahanan  pada 3 Jun 2015.

Empat aspek utama yang akan diberi tumpuan dalam RMK-11 Kementerian Pertahanan yang dititik beratkan oleh MENHAN ialah meningkatkan kesiapsiagaan aset dan kemudahan fizikal ATM, meningkatkan keupayaan bagi berhadapan ancaman bukan tradisional termasuk keselamatan di Sabah, menambahbaik aspek kebajikan anggota dan veteran ATM serta memperkukuh sektor inovasi dan sektor komersial industri pertahanan.

RMK-11: 4 ASPEK UTAMA MINDEF

  1. Meningkatkan kesiapsiagaan aset dan kemudahan fizikal ATM.
  2. Meningkatkan keupayaan bagi berhadapan ancaman bukan tradisional termasuk keselamatan di Sabah.
  3. Menambahbaik aspek kebajikan anggota dan veteran ATM.
  4. Memperkukuh sektor inovasi dan sektor komersial industri pertahanan.

Manakala bagi peningkatan keupayaan TD akan dipertingkatkan kesiapsiagaan dan kemudahan fizikal termasuklah Kompleks Batalion Infantri Standard dan Fasilitas Latihan di Bintulu selain membangunkan Kem PULAMOR di Gemas serta pembelian peralatan bagi memperkasakan Grup Gerak Khas (GGK).

Antara perancangan lain dalam RMK-11 bagi keselamatan ATM adalah membangunkan Pusat Latihan Kemahiran Air TLDM, membina infrastruktur Refit Kapal Selam Scorpene, menyempurnakan pakej Integrated Logistic Support (ILS)  Littoral Combat Ship (LCS), melaksanakan projek penaiktarafan pesawat pejuang TUDM, dan peningkatan sistem dan radar kawalan trafik udara di PU Butterworth, Kuantan dan Labuan.

Selain itu bagi menghadapi ancaman bukan tradisional termasuk keselamatan di Sabah telah dilaksanakan perancangan keselamatan TD dengan melibatkan lima aspek iaitu mengaturgerakan 12 buah kenderaan perisai 8×8 Gempita di Tawau,  18 buah kenderaan perisai MIFV di Kota Belud, pemasangan Gatling Gun pada lima buah Pesawat A109 Agusta PUTD  yang mana empat buah Agusta di tempatkan di Lahad Datu dan sebuah lagi di semenanjung bagi tujuan latihan dan menempatkan tiga Batalion Infantri Standard (BIS) serta pembinaan Kem TD di Felda Sahabat.

Dalam RMK-11 pembinaan infrastruktur akan terus diperhebatkan dengan penambahan Pos Kawalan di Sipadan dan Semporna manakala bagi aspek kebajikan pula, rancangan adalah untuk menumpukan usaha memperkasakan projek Rumah Keluarga  Angkatan Tentera (RKAT) yang mana projek tersebut dirancang di RKAT Kem Bintulu, RKAT PUTD dan RKAT  Kota Samarahan, Sarawak.

Sementara itu, KEMENTAH turut komited untuk memperkasakan Industri Pertahanan Negara dalam bidang inovasi dan pengkomersialan dengan cadangan untuk melaksanakan 15 buah buah projek termasuk Pembangunan Pusat Pertahanan dan Keselamatan bagi Biologi dan Kimia.

Bagi PLKN pula, usaha dirancang untuk mentransformasikan PLKN dalam RMK-11 dengan memberi pendekatan yang baharu bagi memastikan pelatih mempunyai hala tuju yang jelas selepas tamat latihan dan menyumbang terhadap pembangunan modal insan dan ekonomi negara.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close