MK TDSemasa

4 Div Johan Tilawah Al-Quran TD

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

KUALA LUMPUR: Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) muncul johan keseluruhan dengan mengumpul markah 249 di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat TD dimana majlis penyampaian hadiah dan penutup disempurnakan oleh PTD Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 12 Jun 2015 bersamaan dengan 25 Sya’ban 1436H bertempat di Dewan Auditorium Badan Kesenian TD (BKTD).

Johan bagi kategori Pegawai ialah Mej Mohd Nizam Dato Hj Termizi Al-Hafiz dari 4 Div, Johan untuk kategori Qari LLP Lelaki disandang oleh PW I Hj Mohamad Nor Ahmad dari 4 Div, dan Johan Qariah kategori LLP Wanita/BAKAT disandang oleh Rabiatul Adawiyah Ismail dari 3 Div.

Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan Qari dan Qariah seramai 21 peserta dari tujuh formasi TD dimana tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Qari dan Qariah Pegawai, Qari (LLP Lelaki), dan Qariah (LLP Wanita/BAKAT).

Majlis dimulakan dengan memperdengarkan bacaan selawat oleh Kumpulan Zikir TD diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr Zahzan Muhamad dari Telaga Biru Sdn Bhd dengan tajuk ‘Al-Quran Panduan Hidup’. Dalam ceramahnya, beliau mengingatkan para hadirin agar jangan lalai dengan segala urusan dunia iaitu tugasan harian dan lupa untuk membaca serta memahami Al-Quran yang menjadi penyuluh kepada umat islam sejak ratusan tahun lamanya.

Selepas berakhirnya majlis penyampaian hadiah, PW I Hj Mohamad Nor Ahmad memperdengarkan bacaan Al-Quran dari Surah Al-A’Raaf mulai ayat 187.

Turut hadir Panglima Pemerintahan Medan Barat Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, pegawai-pegawai TD, dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″]

[Best_Wordpress_Gallery id=”18″ gal_title=”Tilawah TD 2015″]

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close