2 DivHUTSemasa

Warga 8 Bgd Derma Darah

KELANTAN: Seramai 400 anggota tentera di bawah naungan Markas 8 Bgd dan 200 anggota Bomba terlibat dalam Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun (HUT) 8 Briged ke-43 serta Hari Bomba 2015 yang diadakan di hotel terkemuka sekitar Kota Bharu yang dirasmikan oleh Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Azmy Hj Yahya pada 21 Mei 2015.

Program Derma Darah ini merupakan anjuran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Unit Tabung Darah Darah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dan MK 8 Bgd.

darah2Menurut Panglima 8 Bgd, program ini adalah simbolik kepada tumpahnya darah perwira dalam memelihara pertahanan negara serta memperingati jasa-jasa anggota tentera yang mengalami kecederaan semasa menjalankan operasi atau semasa menjalani latihan.

Selain itu, program ini adalah sebahagian dari inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk Angkatan Tentera Malaysia berbakti kepada masyarakat.

Turut hadir Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Azmi Osman, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dato’ Dr Ghazali Hasni Md Hassan dan Ketua Staf Markas 8 Bgd, Lt Kol Mahamad Fazli Mat Idris.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close