MINDEFSemasa

Wakil Bukit Aman Perjelas Isu IS

KUALA LUMPUR:  Wakil Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, SAC Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan ceramah kepada warga Kementerian Pertahanan bertajuk Islamic State dan Ancamannya sempena MINDEF’S Executive Talk 2015 anjuran Cawangan Latihan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia  bertempat di Auditorium MINDEF pada 12 Mei 2015.                                                

Dalam ceramahnya, beliau menerangkan mereka (kumpulan militan IS) adalah satu-satunya kumpulan militan yang unik dimana mereka mempunyai strategi dan kaedah yang serba lengkap serta mempunyai strategi unik dalam kaedah pengangkutan, mengumpul dana peperangan dan mempunyai Cyber Troopper yang cekap dalam membidas segala fakta yang dikeluarkan terhadap mereka.

Selain itu, mereka juga turut mempunyai saluran penyebaran maklumat atau media tentang perjuangan mereka seperti Majalah Dabiq, Al – Furqan Media, dan Al-Hayat Tv sehingga berjaya menarik ramai golongan celik dan intelektual untuk menyertai mereka kerana merasakan negara asal mereka adalah negara Kufar (Kafir) serta untuk berhijrah ke Negara Islam atau Islamic State.

Mereka mendakwa memegang kepada ideologi Salafi Jihadi dan mengakui mereka adalah golongan Salaf atau di dalam istilah Bahasa Arab Ahlul As-Salaf. Golongan ini adalah mereka yang hidup di zaman para sahabat selepas 300 tahun kewafatan Nabi Muhammad S.A.W iaitu zaman para Tabi’ wa Tabi’in. Mereka merancang untuk mewujudkan sebuah negara yang mengikut perundangan di zaman pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin iaitu zaman kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu.

Golongan ini mempunyai hati sekeras besi dimana pengertiannya adalah tiada sedikit rasa kasihan dan tolak ansur dalam setiap tindak-tanduk dan perilaku sehingga sanggup menyembelih manusia yang tidak berdosa tetapi bagi puak ini, darah orang kafir dan penganut agama islam yang tidak menyokong mereka adalah halal dan hendaklah disembeli atau dibunuh tanpa belas kasihan.

Beliau menambah, golongan ini adalah songsang kerana mereka menolak sekeras-kerasnya asas pegangan yang diamalkan oleh agama islam pada hari ini iaitu mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dimana rujukan utama ialah Kitab Al-Quran, Hadis, Ijmak, dan Qias.

Kumpulan (IS) ini wajib diperangi kerana mereka menolak rujukan Ijmak, dan Qias serta menterjemah Al-Quran secara literal dan harfiah di mana perkara ini boleh mengundang kekeliruan.

IS juga mempromosikan Fatwa terbaru iaitu Jihad Al-Nikah atau Jihad Seks dimana khidmat seks diberikan kepada anggota IS yang berjuang. Perkara ini tidak pernah ada di dalam ajaran Rasulullah S.A.W dan juga ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu, dari sudut lain fatwa ini lebih kepada menjadi hamba seks kepada mujahidin IS. Islam mengajar penganutnya mengangkat martabat Wanita bukan menjadikan mereka hamba pemuas nafsu semata-mata dan ini sangat bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar.

Kita (PDRM) pernah merampas buku-buku daripada tahanan Jemaah Islamiyah (JI), Al-Qaeda, dan tahanan IS dimana mereka merujuk, dan memiliki buku yang bertajuk ‘Tarbiyah Jihadiah’ yang ditulis oleh Syaikh Abdullah Azzam. Selain itu, terdapat juga rampasan buku bertajuk ‘Kalau Bukan Jihad, Apa Lagi?’ hasil tulisan Pengasas IS  Syaikh Abu Mush’ab Az-Zarqawi yang telah diterjemah ke Bahasa Indonesia, jika diteliti kandungan dan isinya, buku ini banyak merujuk hasil tulisan Ibnu Thaimiyah dimana beliau ialah ulama’ yang tidak hidup di zaman Ahlul As-Salaf’,” tegas beliau.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Dato Hj Khlir Hj Mohd Nor, pegawai-pegawai ATM, anggota LLP, dan kakitangan awam MINDEF.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close