Islamic StateRencanaUlasan Buku

Ulasan Buku: 10 Salah Faham Terhadap ISIS

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.
10 SALAH FAHAM TERHADAP ISIS
10 SALAH FAHAM TERHADAP ISIS / SYED MOHD RADHI SYED SAKKAF, ISBN 978-967-13024-6-0

Buku bertajuk ’10 Salah Faham Terhadap ISIS’ yang ditulis oleh Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf menerangkan dan mengkaji isu berkaitan ISIS yang mana dewasa ini masih ramai lagi rakyat atau umat Islam di Malaysia tidak memahami dan keliru dengan konsep perjuangan kumpulan ini. Di dalam buku ini telah dinyatakan 10 perkara yang menjadi persoalan di kalangan umat Islam.

KAJIAN BUKU

10 Salah Faham yang dimaksudkan adalah deperti berikut:

  1. Semua Tuduhan Terhadap Isis Adalah Fitnah Dan Propaganda Media Barat. Tuduhan yang mengatakan pandangan terhadap ISIS dibentuk oleh media Barat semata-mata adalah tidak benar. Apabila orang fasik membawa sesuatu berita, AI-Quran menyuruh kita menyelidikinya dengan teliti terlebih dahulu. Sebagaimana AI-Quran mengingatkan kita agar tidak menerima berita dari orang fasik bulat-bulat, ia juga tidak menyuruh kita untuk menolaknya mentah-mentah.
  2. Isis Disokong Oleh Rakyat Iraq Dan Syria Kerana Mereka Membawa Islam Yang Benar. Rata-rata masyarakat Muslim menolak ISIS samada di Iraq, Syria bahkan diseluruh dunia. Sokongan yang diberikan segelintir rakyat Sunni ada lebih kepada pertimbangan dan keperluan politik. Iraq dan Syria diperintah oleh kerajaan Syiah Nuri ai-Maliki dan Bashar ai-Assad . Kehidupan rakyat Sunni ditindas, dianak-tirikan, tidak diberi jawatan penting di dalam kerajaan dan tentera. Percubaan rakyat Sunni menyatakan bantahan mereka secara aman dibalas dengan kekerasan dan pembunuhan oleh kerajaan Syiah Iraq dan Syria. Akhirnya mereka terpaksa mengangkat senjata mempertahankan diri dan menuntut hak. Kemunculan ISIS dengan kekuatan tenteranya secara mendadak seolah-olah dilihat memberi harapan baru untuk rakyat Sunni melepaskan diri dari penindasan dan kekejaman kerajaan Syiah. Lantas segelintir rakyat memberi sokongan. Bukan kerana menyokong Islam yang ISIS bawa. Kehidupan mereka dibawah kerajaan Syiah sudah terlalu teruk, tiada ruginya memberi peluang ISIS memerintah.
  3. Isis Menentang Syiah, Oleh ltu Mereka Adalah Mujahiddin Yang BenarISIS sememangnya sangat membenci dan dan berdendam dengan Syiah. ISIS menghalalkan darah setiap Syiah. lni bermaksud Syiah layak dibunuh tanpa dibincang dan bicara bahkan mereka dibunuh dengan cara yang kejam dan tanpa peri-kemanusiaan. Kebathilan ajaran Syiah, pada aqidah dan ibadahnya adalah tidak dinafikan. Tetapi Islam mengajar kita dan Rasulullah SAW menunjukkan contoh kepada kita bagaimana sifat Islam sebagai rahmat dan membawa hidayah berurusan dengan musuhnya. Setiap yang bernyawa itu mempunyai hak dan menunaikan hak adalah kewajipan Islam. Perang dalam Islam adalah mempertahankan agama bukan penyebaran agama dengan pedang atau peluru. Pembunuhan melampau oleh ISIS ini juga membawa kesan buruk kepada rakyat Sunni di Iraq dan Syria. Akibatnya apabila kumpulan militan Syiah menakluki kawasan Sunni, militan Syiah akan membalas semula kekejaman ISIS terhadap orang awam Sunni walaupun mereka bukanlah penyokong ISIS. Begitulah kitaran keganasan dan kekejaman berterusan.
  4. Isis Adalah Pembela Sunni, Dengan Mempertahankan Mereka Dari Kejahatan Syiah. ISIS memerangi Syiah untuk membalas dendam, untuk mengusai kawasan dan untuk kepentingan politik mereka bukan kerana mempertahankan Sunni. Untuk itu mereka akan memerangi siapa saja bukan hanya Syiah. Bahkan terbukti mereka juga memerangi, bukan melindungi, rakyat Sunni terutama para mujahiddin yang tidak menyokong mereka. Mereka juga memerangi Kurdi diutara Iraq yang hampir keseluruhannya Sunni untuk merampas kawasan. Perjuangan ISIS tiada kena-mengena dengan mempertahankan rakyat Sunni dari kekejaman Maliki atau Assad, bahkan untuk mengembangkan empayar mereka sendiri. ISIS juga menjadikan kumpulan mujahiddin Sunni sebagai musuh mereka. Walaupun bukti nyata sukar diperolehi semasa perang, semua petunjuk mengarah kepada ISIS sebagai dalang pembunuhan tersebut.
  5. Menolak Isis Bererti Menolak ‘Daulah Islam’ Dan Menolak ‘Hukum Islam’. Setiap umat Islam dan setiap gerakan Islam mencita-citakan Daulah Islam. Kalau boleh kita semua mahu Daulah Islam terdiri sebelum terbitnya matahari esok pagi. Hukum Islam adalah aqidah kita dan melaksanakannya adalah kewajipan kita tetapi menolak ISIS jauh sekali bererti menolak Daulah Islam apalagi menolak hukum Islam. Apabila jumhur ulama’ memfatwakan bahawa penubuhan ‘Daulah Islam’ oleh ISIS adalah tidak sah dan terbatal, maka yang tertubuh bukan Daulah Islam tetapi hanyalah Daulah ISIS, Yang dibangunkan bukan Khilafah Islam tetapi Khilafah ISIS. Apabila ISIS sendiri mengenepikan perlaksanaan hukum dan akhlak Islam dan berhukum mengikut hawa nasfu dan dendam kesumat mereka, maka yang dilaksanakan mereka adalah hukum ISIS, bukan hukum Islam.
  6. ISIS Adalah Ciptaan Amerika, Israel, Syria dan Irani. Bukti kenyataan ini masih belum dapat dipastikan dan tiada alasan-alasan kukuh untuk menyokong kenyataan ini. Namun yang pasti, tindakan ISIS dan peranannya sangat menguntungkan Amerika, Israel, Syria dan Irani. Namun sama ada disedari oleh ISIS sendiri atau tidak, sama ada dengan sengaja atautidak, tindakan-tindakan kumpulan militan ini amat menguntungkan ramai musuh Islam di dunia ini.
  7. Kalau Kewujudan ISIS Menguntungkan Amerika, Mengapa Amerika Menyerang ISIS?  Serangan Amerika terhadap ISIS adalah tidak bertjuan untuk menghapuskan ISIS sama sekali. Ia adalah hanya serangan untuk memberi sekatan kepada ISIS daripada terus berkuasa dan terlalu besar. lni digambarkan dengan tindakan Amerika yang hanya membuat serangan udara ke atas ISIS tanpa susulan serangan darat. Serangan darat adalah sangat penting untuk menguasai sesuatu kawasan. Oleh itu , tindakan Amerika ini jelas menunjukkan mereka tidak berhasrat untuk menghapuskan ISIS secara menyeluruh.
  8. ISIS Adalah Pejuang Panji-Panji Hitam Yang Dijanjikan Dalam Hadith Rasulullah SAW. Anggapan ISIS bahawa mereka adalah pemabawa panji-panji hitam bukanlah dakwaan yang pertama dibuat pejuang-pejuang sebelum ini. Dakwaan ini tidak membawa apa-apa sandaran dan tidak menambah kebenaran mereka. Siapa saja boleh mengecat bendera hitam dan mengaku kumpulan yang dijanjikan seperti di dalam hadith. Oleh yang demikian dakwaan ini tidak boleh dijadikan perjuangan ISIS adalah benar dan mengikut hadith Rasulullah SAW.
  9. Adakah ISIS Ancaman Terbesar Yang Dihadapi Oleh Rakyat Sunni Iraq Hari lni?  Ancaman terbesar yang dihadapi oleh rakyat Sunni Iraq bukanlah ISIS. Ancaman yang patut dirisaukan adalah golongan Syiah yang mana kini terdiri daripada gabungan tiga kumpulan iaitu, kerajaan Iraq yang didominasik oleh Syiah, kumpulan ektremis Syiah di dalam Iraq dan Syiah kerajaan Iran. Kerajaan Iran dilihat semakin rakus apabila dengan membuat tindakan pantas menghantar tiga batalion Tentera Al-Quds ke Iraq. Tindakan ini dibuat dengan alasan membantu Iraq menentang keganasan.
  10. ISIS Adalah Mujahidin Islam Seperti HAMAS. Perjuangan ISIS dan HAMAS adalah sangat berbeza yang mana titik permulaan dan sejarah perjuangan juga amat berbeza. HAMAS tidak datang dengan slogan dan syiar yang menarik seperti jihad, negara Islam, Khilafah Islam atau seumpanya tetapi HAMAS membuktikan perjuangan mereka dengan mempertahankan bumi dan rakyat Palestin sehidup semati dengan ajaran ai-Quran dan akhlak Islam. Manakala ISIS pula, rakus menempa kemasyuran dengan pembunuhan secara kejam dan terang-terangan. Perbezaan yang sangat ketara diantara HAMAS dan ISIS pula adalah dari keanggotaan. ISIS begitu berbangga dengan kejayaan mereka menarik ratusan pecinta jihad dari seluruh dunia tanpa mengira bangsa, negara asal, latar belakang ataupun persediaan diri. Manakala HAMAS pula tidak merekrut anggota selain daripada bumi Palestin dan mengenakan syarat-syarat yang ketat yang mana terdiri daripada ketahanan fizikal, amalan Islam seperti berpuasa, solat lima waktu serta hafazan Al-Quran.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dilihat daripada buku ini adalah, persoalan demi persoalan masih timbul dikalangan penduduk dunia. lni menybabkan wujud pelbagai persepsi terhahap perjuangan ISIS. Bagi penduduk tempatan sendiri, ISIS dilihat sebagai pembela dan penyelamat umat Islam kerana keberkesanan ISIS dalam memenangi hati dan pemikiran penduduk tempatan. Sokongan yang diberi bukan sahaja dari aspek perjuangan Islam malah aspek keperluan politik akibat dari penindasan puak Syiah terhadap Sunni. Namun begitu tindakan ISIS yang ekstremis dan kejam adalah tidak selari dengan cara perjuangan yang dituntut dalam IslamPerlaksanaan tindakan ISIS yang mengikut hawa nafsu serta dendam kesumat melanggar hukum Islam.  Maka dengan itu kebanyakkan masyarakat dunia terutama Negara Barat dan Negara Islam lain menolak perjuangan yang di bawa ISIS. Bagi Amerika pula, kewujudan ISIS ini secara tidak langsung dapat membantu Amerika untuk membentuk pandangan negatif dunia terhadap perjuangan Islam disamping dapat mengugat kumpulan mujahidin lain terutama di Iraq dan Syria.

Oleh: Kapt Azrol bin Mansor

muka-belakang

[box type=”info”] [dropcap]S[/dropcap]yed Mohd Radhi Syed Sakkaf merupakan Pengarah di ZSR Architectural Ventures yang aktif dalam bidang bantuan kemanusiaan Palestin. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad, MyCARE (dahulu dikenali sebagai Aqsa Syarif Berhad).
Buku lain yang ditulis oleh beliau adalah Iraq Dalam Bahaya.[/box]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close