Bersama PemimpinSemasa

TD Lahir Perajurit Muda Berkualiti

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

NEGERI SEMBILAN:  Seramai 1,424 Perajurit Muda (PM) Lelaki dan 38 Perajurit Muda Wanita terlibat dalam Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki siri 176 dan Wanita 38/2014 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 16 Mei 2015.

Perajurit Muda berjaya menamatkan Latihan Asas PM setelah enam bulan mengharungi cabaran latihan yang bermula dari 17 Nov 2014 yang dijalankan secara konvensional yang mana pelaksanaannya diselaraskan supaya objektif latihan dapat dicapai dan melalui kaedah tersebut setiap PM dapat menjalani latihan dalam waktu, tempat, kondisi serta bentuk latihan yang sama serta pelaksanaan latihan adalah untuk melatih dan melengkapkan PM dengan pengetahuan dan kemahiran asas ketenteraan sebelum diserap ke kor-kor TD.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, PM dilatih dalam aspek-apek pengetahuan ilmu ketenteraan, ketahanan mental dan fizikal, disiplin, keperibadian dan kerohanian dan ini terbukti apabila lima PM memenangi kategori yang dipertandingkan iaitu keseluruhan PM Terbaik disandang oleh PM Mohd Nazril Zaim Azemi, Akademik Terbaik PM Mohd Ridzuan Bakri, Kawad Terbaik PM Rizal Aznan Rahmat, Jasmani Terbaik PM Mohd Khairi Kamarulzaman manakala Penembak Terbaik PM Mohd Khairul Ikhwan Mat Rashid.

Dalam ucapan PTD, Beliau mengingatkan PM supaya menjunjung tinggi sumpah perajurit dan menghayati Ikrar Kesatria yang dilafazkan disamping itu juga nilai-nilai spiritual dan pegangan agama janganlah diketepikan sama sekali dan harus dijadikan teras pegangan kerana ianya akan membawa kepada pengukuhan nilai insan dan sahsiah diri dalam mewujudkan khairul ummah  atau umat terbaik yang mempunyai keseimbangan terhadap semua aspek.

Saya ingin mengingatkan saudara saudari sentiasa menjaga nama baik TD dengan mempamerkan  taham profesionalisma dan akhlak yang tinggi serta sentiasa mengutamakan pelaksanaan tugas melebihi kepentingan diri sendiri demi menjamin keunggulan TD  sebagai organisasi yang disegani,” tegasnya.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki, Pegawai Kanan TD, anggota LLP dan keluarga Perajurit Muda.

Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkofly

[button color=”red” size=”small” link=”https://btdmonline.net/2015/05/925/” icon=”fa-external-link” target=”false”]Gambar-gambar di Foto Faleri[/button]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close