RencanaSukan

Silat Olahraga ATM

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

[dropcap]S[/dropcap]ejarah Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam.  Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi yang mana mereka yang belajar silat digelar pesilat.  Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 Masihi, tetapi asal-usulnya masih lagi tidak pasti meskipun silat telah diakui sebagai seni Melayu asli.  Ini terbukti orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai Pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Aceh di utara ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, adalah orang yang mengamalkan silat.

Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan.  Amalan sekarang, pengajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.  Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara pada abad ke-14, ianya diajar di samping dengan silat dan selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi suatu latihan rohaniah.  Orang Melayu, terutamanya di Semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang Tuah pada abad ke-14 sebagai bapa silat.  Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri daripada kekuasaan penjajah.

Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan di bawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3 hingga 4 Dis 2006.  Pada 23 hingga 24 Sep 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan Olahraga Pencak Silat.  Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara dan atas kehendak tersebut ATM tidak ketinggalan terlibat dalam arena sukan Olahraga Pencak Silat.

Sejarah Seni Mempertahankan Diri (SMD) ATM bermula dari tahun 1960 lagi dan ianya di perkenalkan oleh bekas Penasihat Kedutaan Republik Korea Selatan, Kol Choi (Bersara) yang telah memilih 1 Kompeni Probos Polis Tentera sebagai pusat melatih dan melahirkan para atlit yang mana antara tahun  1970 hingga 1974 persatuan mula menghantar atllit untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan bagi mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan Silat Olahraga ATM ikutilah wawancara wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, SSjn Nor Rizam Hamad dan Jurugambar, Sjn Saiful Fazley Rusli bersama Tim Silat Olahraga ATM.

Persatuan SMD ATM telah mendapat perkhidmatan rasmi daripada 13 orang pakar jurulatih SMD dari Republik Korea Selatan dan mereka ditugaskan di bawah Skim Pertukaran Perkhidmatan antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Republik Korea Selatan pada tahun 1982 hingga 1986 sehinggakan berjaya melahirkan beberapa atlit SMD ATM yang mewakili negara keperingkat antarabangsa hingga kini yang mana kesemua atlit adalah berasaskan ilmu TTS yang lebih kepada sukan Taekwondo.

Banyak kejohanan-kejohanan disertai oleh atlit SMD ATM dan memandangkan sukan silat lebih mempunyai potensi yang lebih baik ketika itu maka menyebabkan Persatuan SMD ATM lebih cenderung untuk menceburi sukan Silat Olahraga dan dalam Mesyuarat Agong Majlis Sukan ATM (MSAT) pada 27 Jan 2014 memutuskan Persatuan SMD ATM dipisahkan dan dijadikan dua persatuan yang mempunyai Pengerusi dan Setiausaha yang berbeza iaitu Persatuan Taekwondo ATM dan Persatuan Silat Olahraga ATM yang kini dipengerusikan oleh Kol Hj Kamarudin Hj Mustapha.  Antara pencapaian Persatuan Silat Olahraga ATM diperingkat kebangsaan ialah mendapat tempat ke tiga dalam Kejohanan Silat Kebangsaan Ke-15 pada tahun 2010 dan mendapat tempat ke dua dalam kejohanan yang sama pada tahun 2012.

Ketua Persatuan Silat ATM, Mej Hasmawi Abdullah, 38, berkata Silat Olahraga merupakan sejenis sukan tempur yang mengaplikasikan teknik, gaya dan peraturan silat di dalam permainannya yang mana permainan ini dimainkan oleh dua orang pesilat di dalam Gelanggang Bulat berukuran lapan meter.  Pesilat akan memakai pakaian silat berwarna hitam potongan baju melayu serta alat pelindung badan serta kemaluan dan perlawanan akan dimainkan dalam tiga babak atau pusingan yang merangkumi masa selama dua atau tiga minit pada setiap pusingan.

Antara teknik yang digunakan dalam Silat Olahraga ialah tumbukan, tendangan atau sepakan, tangkapan, jatuhan, guntingan, sapuan, elakan dan sebagainya yang mana teknik dan peraturan ini boleh berubah dari masa ke semasa mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Persekutaan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) ataupun oleh Badan Silat Dunia,”katanya.

Selaras dengan perkembangan terkini, Silat Olahraga ATM turut terkena tempiasnya memandangkan persatuan ini masih baharu dan perlu melalui beberapa proses penambahbaikan yang sedang berjalan mahupun masih dalam perancangan.  Antaranya perlu memperbanyakkan lagi peralatan-peralatan kerana kebanyakan peralatan yang digunakan adalah jenis lama yang sedikit sebanyak menganggu persiapan atlit.  Selain itu peruntukan kewangan yang tidak mencukupi haruslah di atasi segera kerana ianya amat penting dalam menaikkan semangat serta moral atlit disamping sokongan dari pihak atasan ATM.

Bagi Penyelaras Persatuan Silat Olahraga ATM, SSjn Mohd Farid Mohd Kassim, 38, berkata sebelum ini beliau juga merupakan atlit Silat Olahraga dan dalam tempoh 10 tahun pelbagai cabaran, pengalaman, suka dan duka beliau tempuhi.  Pada pengamatan beliau persatuan sekarang kekurangan atlit atau pesilat wanita untuk dijadikan pelapis yang secara lazimnya sukan ini dikuasai oleh lelaki dan ternyata ianya tidak baik dalam pembangunan Silat Olahraga ATM.  Beliau berharap ramai anggota-anggota wanita ATM yang berminat dalam sukan ini tampil menunjukkan bakat agar dapat dilatih oleh persatuan yang mana suatu hari nanti dapat mewakili negara ke kejohanan antarabangsa. Pada masa yang sama persatuan masih berbangga kerana terdapat duan atlitnya yang mewakili negara dan kini masih berlatih dan berada di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Close