SemasaSukan

RAMD Juara Bola Sepak Antara Kor/Rejimen

KUALA LUMPUR:  Perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak antara Kor/Rejimen TD tahun 2015 menyaksikan pertembungan sengit antara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menentang Rejimen Renjer Diraja  (RRD) yang penutup nya disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak TD (PBTD)  Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Md Nor mewakil Timbalan Panglima Tentera Darat, bertempat di Stadium KEMENTAH pada 22 Mei 2015.

Kejohanan ini berlangsung mulai 11 Mei hingga 22 Mei 2015 yang dianjurkan sepenuhnya oleh Rejimen Semboyan Diraja (RSD) yang bertujuan mengenalpasti dan memilih pemain-pemain yang akan mewakili TD serta memupuk semangat kesukanan, kerjasama satu pasukan disamping mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin diantara semua Kor di dalam TD.

Dalam ucapan Presiden PBTD, beliau percaya hasil dari penganjuran kejohanan ini berjaya mencungkil bakat-bakat baharu bola sepak yang boleh digilap dan diketengahkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara.

“Walau bagaimanapun, saya berharap untuk kejohanan akan datang, tahap disiplin penyokong dan penonton dapat ditingkatkan sepertimana yang ditonjolkan oleh pasukan ATM dalam liga Malaysia yang pernah mendapat anugerah Kelab Penyokong Terbaik FAM 2012.  Walaupun mempertaruhkan maruah Kor dan Rejimen masing-masing, adat bertanding sudah pasti ada yang bergelar juara dan sudah pasti juga ada yang tewas”, tegasnya.

Pertandingan yang berlangsung selama 90 minit ini menyaksikan RAMD  berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 1 menewaskan RRD sekaligus dinobatkan sebagai Johan Kor. Penjaring Terbanyak perlawanan di anugerahkan kepada Kpl Muhamad Tauffik Mat Radi dari RSD dengan jaringan 7 gol.  Manakala Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan dimenangi oleh Kpl Mohd Kifli Samsudin dari RAMD dan Anugerah Piala Fair Play diberikan kepada RRD yang mana Piala Pusingan Kejohanan, Piala Dato’ Hj Khlir Hj Md Nor disampaikan oleh Presiden PBTD.

Turut hadir Panglima Pemerintahan Barat TD, Lt Jen Dato Sri Zulkiple Hj Kassim, Ketua Pegawai Semboyan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan, Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor.

Gambar: Luqmanul Arif Abdul Karim, PW II Mohamad Solor Hj Ismon, Sjn Saiful Fazley Rusli.

Gambar-gambar sekitar perlawanan

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close