3 DivSemasa

PRB Lahir Remaja Berdisplin

NEGERI SEMBILAN: Seramai 380 yang dipilih khas dari 10 buah sekolah di sekitar Negeri Melaka terlibat dalam Program Remaja Berwawasan (PRB) Peringkat Negeri Melaka (Summer Camp) Siri 1/2015 yang diadakan di Gemas selama lima hari dari 11 hingga 15 Mei 2015.

Perlaksanaan PRB berkonsepkan Modul Asas Ketenteraan dan MK 3 Div dipertanggungjawabkan melaksanakan program dengan bantuan MK 10 Bgd Para termasuklah MK Garison Gemas sebagai tuan rumah selain program ini merupakan NBOS 8 iaitu dalam usaha untuk mengurangkan indeks jenayah di kalangan remaja sebagai inisiatif menangani masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Peserta didedahkan d33332engan aktiviti Latihan Kawad Kaki, Baca Peta, Jungle Tracking dan Ikhtiar Hidup termasuk sukan ketenteraan seperti Road Relay dan latihan jasmani bertujuaan untuk mewujudkan interaksi serta pertandingan sihat di kalangan perserta.

Program ketabahan dan keyakinan diri turut mengisi slot program dengan membabitkan aktiviti Night Walking, selain perlaksanaan sesi kaunseling serta program kerohanian dan moral bagi menyerapkan pendidikan psikologi kepada peserta.

Penutup program disempurnakan oleh Pengarah MiDAS, Lt Jen Dato’ Pahlawan William Stevenson dan dihadiri oleh Panglima 1 Bgd, Brig Jen Dato’ Adnan Abu Bakar, Pemerintah MK Garison Gemas, Kol Radzuan Hj Abu Bakar, Ketua Polis Melaka, Ketua Polis Negeri Sembilan dan wakil dari KPM.

Gambar: Kpl Khuzaimi Paimon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close