Bersama PemimpinMK TDSemasa

Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tugas SMR TD

KUALA LUMPUR: Seramai 176 anggota LLP dari pelbagai kor TD terlibat dalam Perbarisan Penghargaan dan Serah Terima Tumusa harungas SMR TD di antara PW I Musa Harun dan PW I Hayazi Abdul Aziz yang disempurnakan oleh PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Padang Kawad Rej 515 (AW) pada 7 Mei 15.

Perbarisan diketuai oleh PW I Khairul Azmil Mat Jalani yang terdiri dari tiga detasmen pertama dari MK TD, detasmen kedua dari MK Pemerintahan Medan Barat dan detasmen ketiga dari MK Pemerintahan Logistik Tentera Darat.

Dalam ucapan mantan SMR TD, secara lazimnya perbarisan seperti ini seringkali disertai dengan persaraan tetapi pada kali ini ianya agak berlainan kerana selepas ini beliau akan menyertai misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di United Nations Interim Force di Lubnan (UNIFIL) dan menjawat jawatan sebagai SMR TD Khas Malbatt 850-3 dan setelah menamatkan misi beliau akan terus mengikuti latihan peralihan di PERHEBAT selama 18 bulan.

“Saya menzahirkan rasa syukur kepada Allah di atas anugerah yang tidak terhingga dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat kerana merestui dan mengizinkan saya untuk menyertai misi Malbatt 850-3.

“Nasihat saya kepada semua anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TD agar menjadi seorang anggota tentera yang baik dengan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi pada sebilang masa tanpa mengira temhayazipat dimana kita berada dengan berpandukan kepada etika kerja yang diwujudkan agama islam iaitu berkhidmat dengan penuh azam dan mengabdikan diri kepada Allah,”┬átegas beliau.

Perbarisan diteruskan dengan Serah Terima Tugas SMR TD yang baharu dengan upacara simbolik mantan SMR TD menyerahkan Tongkat Kuasa SMR TD kepada PTD lalu PTD menyerahkan Tongkat Kuasa kepada SMR TD yang baharu.

Turut hadir Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail, Pegawai-Pegawai Kanan TD, dan anggota LLP.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close