HUTPasukan SimpananSemasa

PALAPES UM Sambut HUT Ke-50

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

KUALA LUMPUR:     Seramai 15 Pegawai dan 150 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Malaya (PALAPES UM) diketuai oleh Mej (Dr) Syed Abdul Razak Syed Mahadi terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun PALAPES UM Ke-50 bertempat di Padang Kawad PALAPES UM pada 9 Mei 2015.

Perbarisan tersebut menerima Tabik Hormat daripada Komandan PALAPES Universiti Malaya, Kol (K) Prof Dato’ Dr Mohd Amin Jalaludin diiringi dengan Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja manakala SMR Perbarisan ialah PW I Mohd Azira Mat Ghani.

Dalam ucapan Komandan PALAPES Universiti Malaya beliau mengingatkan kepada semua Pegawai Kadet agar mengorak langkah ke hadapan untuk terus melahirkan generasi intelektual yang cemerlang dari segi keseimbangan mental, fizikal dan kerohaniannya.

“Jika masa lalu adalah kenangan, maka masa hadapan adalah impian dan kenangan yang lalu perlu diambil nilai-nilai yang baik supaya menjadi pedoman yang berguna untuk kita menentukan haluan yang tepat dalam mencapai impian itu,” katanya.

Acara diteruskan penyampaian Sijil Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) kepada anggota yang bekerja di PALAPES UM dan turut diadakan persembahan daripada Tim Red Army Warrior.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof, Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Komander Profesor Madya Dr. Jamalunlaili Abdullah PSSTLDM, Timbalan Komandan PALAPES UM, Mejar Profesor Madya Dr. Abdul Halim Mokhtar dan Ketua Jurulatih PALAPES UM, Mejar Hasril Mohamad.

Gambar: Kpl Norazurah Arpan

[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″]

[Best_Wordpress_Gallery id=”19″ gal_title=”palapes um”]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close