Profil PasukanRencana

MK RAJD 2 Div Bina dan Baik Pulih Rumah Veteran Tentera

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

[dropcap]M[/dropcap]arkas Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen (MK RAJD 2 Div) melaksanakan projek membina dan membaiki rumah veteran di bawah Program NBOS 7 – 1 Malaysia Veteran Home Repair Programme (1MVHRP) bagi tahun 2014.

Program 1MVHRP adalah salah satu inisiatif di bawah 1Malaysia Veteran Recognition Programme bertujuan untuk menaiktaraf hidup rakyat khususnya golongan veteran dan tanggungannya yang berpendapatan rendah. Lanjutan daripada kejayaan ATM melalui RAJD sejak Mei 2013 dalam program tersebut, pada tahun 2014 sekali lagi RAJD dipertanggungjawabkan untuk membina sebanyak 50 buah rumah baru dan 50 buah rumah untuk dibaiki di seluruh negara.

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) adalah selaku peneraju kepada program bersama Tentera Darat memberi bantuan dari aspek pelaksanaan. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menyediakan peruntukan.

Pasukan RAJD 2 Div telah di pertanggungjawabkan untuk membina 19 buah rumah untuk bina baru dan 17 buah rumah untuk baik pulih di kawasan tanggungjawab 2 Div. Lokasi pelaksanaan melibatkan enam buah negeri iaitu Perlis, Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu. Penilaian peserta bagi program ini adalah berdasarkan senarai peserta yang di keluarkan oleh pihak JHEV. Peruntukan bagi pelaksanaan projek RAJD 2 Div adalah sebanyak RM 1,042,00.00.

Untuk mengetahuai dengan lebih lanjut lagi program membina dan membaik pulih rumah veteran melibatkan zon utara wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, PW II Mohamad Solor Hj Ismon bersama Jurugambar, Sjn Saiful Fazley Rusli menemubual Pegawai Memerintah Rejimen Jurutera Diraja 2 Div, Lt Kol Sharuddin Mohd Noh di pejabatnya pada 14 Mei 2015.

Menurut Lt Kol Sharuddin Mohd Noh, program yang dilaksanakan ini adalah mengikut perancangan dan peruntukan yang diberikan kepada RAJD 2 Div untuk menyelaras keseluruhan projek zon utara bagi tempoh yang ditetapkan untuk membantu peserta di kalangan bekas-bekas tentera dan balu-balu tentera yang ditinggalkan untuk menaikkan moral bahawasanya kebajikan mereka masih terus di pelihara walaupun telah bersara daripada perkhidmatan.

RAJD 2 Div sebagai pelaksana projek sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada veteran dan tanggungannya tidak mengira bangsa untuk membina rumah dan membaik pulih mengikut peringkat-peringkjat kemampuan sesuatu pembinaan dan baik pulih dengan penuh rasa tanggungjawab yang diamanahkan.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul itulah ungkapan yang sentiasa di lalui oleh semua pegawai dan anggota LLP di bawah naungan RAJD 2 Div zon utara untuk merealisasikan impian para peserta veteran dan balu-balu yang di tinggalkan untuk mempunyai kediaman yang sempurna.

Dengan kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, keseluruhan projek membina dan membaik pulih rumah zon utara telah siap dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan. RAJD 2 Div sentiasa memainkan peranan yang di pertangungjawabkan dalam membantu ATM dan TD untuk mencapai okjebtif yang digariskan dalam hal-hal kebajikan bekas warga tentera dan tanggungan mereka dalam visi dan misi agar keselesaan mereka terpelihara.

Selaku Pegawai Koordinasi pelaksana projek, Kapt Muhammad Baser menyatakan projek membina dan membaik pulih rumah veteran dan tanggungan dilaksanakan oleh unit-unit di bawah naungan RAJD 2 Div antaranya 1 Skuadron RAJD yang berpengkalan di Kelantan, 2 Skn RAJD kawasan Perak, 6 Skn RAJD merangkumi negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis serta 7 Skn RAJD di negeri Terengganu.

Statistik peratusan kemajuan projek rumah bina baru di 19 lokasi merangkumi negeri Kelantan melibatkan tujuh daerah iaitu Binjai, Kg Hutan Hilir, Dewan Beta, Machang, Tanah Merah dan Pasir Putih. Negeri Terengganu melibatkan daerah, Manir, Setiu dan Jertih. Negeri Perak melibatkan lima daerah iaitu Kg Tersusun Gerik, Badariang, Bagan Serai, Kuala Kangsar dan Bota.

Bagi Negeri Kedah melibatkan daerah Sik dan Kota Sarang Semut serta Pulau Pinang di daerah Penaga.

Manakala statistik projek baik pulih di 24 lokasi bagi negeri Perlis melibatkan daerah Dato Kayaman, Wang Kelian dan Kg Hutan Melintang. Negeri Kedah lima daerah iaitu Kg Setar Yan, Kg Kuala Sungai Yan, Mukim Tunjang Jitra, Kg Pulau Pisang Jitra dan Bukit Kecil Sg Petani. Negeri Pulau Pinang daerah Kg Petani Kubang Semang, Mukim 20 Kubang Semang, Balik Pulau dan Nibong Tebal. Negeri Perak daerah Bota, Gerik, Kuala Kangsar danPengkalan Hulu. Negeri Kelantan Machang, Gua Musang, Dabong dan Bachok.

Terengganu melibatkan Daerah Dungun, Ajil Hulu Terengganu, Besut dan Batu Rakit Kuala Terenggganu.

Keseluruhan projek bina rumah dan baik pulih telah siap 100 peratus sepenuhnya dan selamat untuk didiami. Anggaran untuk menyiapkan sebuah rumah bina baru adalah selama tiga bulan mengikut keadaan cuaca dan struktur tanah. Bagi baik pulih sebuah rumah proses untuk menyiapkan dianggarkan selama dua atau ke tiga minggu.

Sebagai sebuah pasukan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan dalam membantu seluruh warga Tentera Darat di masa perang dan aman. Pasukan RAJD 2 Div sentiasa mengekalkan semangat saling membantu, bekerjasama dalam satu kumpulan dan menyiapkan tugusan mengikut waktu yang ditetapkan. Bagi seluruh pegawai dan anggota khususnya RAJD 2 Div melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh pihak atasan tidak mengira masa dan waktu adalah satu tugas yang wajib dilaksanakan.

Itulah antara pengorbanan dan peranan seorang warga tentera yang bergelar Rejimen Askar Jurutera Diraja sentiasa bersiap sedia dalam membantu memberi sinar harapan kepada warga tentera yang masih berkhidmat atau selepas menamatkan perberkhidmat demi menjaga kebajikan dan mengeratkan hubungan yang sedian terjalin agar berkekalan. Tentera dan rakyat berpisah tiada.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close