4 DivMK Medan BaratSemasa

MK 4 Div Ungguli Pertandingan Fotografi MK MBTD

KUALA LUMPUR : Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Peringkat Pemerintahan Medan Barat TD Tahun 2014 bersempena Hari Ulang Tahun MK Medan Barat TD Ke-34 yang disempurnakan oleh Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bertempat di Dewan Dato’ Jamil Ahmad pada 8 Mei 2015

Pertandingan tersebut dimenangi oleh Kpl Mohd Zulkifli Awang dan LKpl Fatin Izzati Amir dalam Kategori Terbuka manakala bagi Kategori Keperwiraan dan Kesiapsiagaan di menangi LKpl Nurhaslinda Zakaria yang mana ketiga tiganya dari MK 4 Div.

Pertandingan fotografi ini diadakan selaras dengan saranan Panglima Medan Barat TD, yang mensasarkan kepada pembentukan pegawai dan anggota TD yang multiskills dan serba boleh selain dapat menarik minat anggota tentera tentang pentingnya semangat patriotik dan cintakan negara serta tanggungjawab bersama mempertahankan negara yang diterjemahkan ke dalam karya fotografi yang dihasilkan.

Gambar: Kpl Mohd Zulkifli Awang

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close