SemasaSukan

Malam Akrab Temukan Pemain Bola Sepak

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Tentera Darat (PBTD) mengadakan Majlis Makanbolatd (1 of 10) Malam Akrab sempena Kejohanan Bola Sepak antara Kor/Rejimen TD 2015 yang disempurnakan oleh Pengerusi PBTD, Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor melibatkan 15 Pasukan yang bertanding, di Dewan Dato’ Jamil Ahmad pada 10 Mei 2015.

Dalam ucapan Pengerusi PBTD, beliau menyeru kepada semua peserta kejohanan untuk terus memelihara semangat kesukanan yang tinggi semasa kejohanan berlangsung kerana ianya mempertaruhkan maruah Kor dan Rejimen.

Adat bertanding sudah pasti ada yang menjadi juara dan sudah pasti juga ada yang tewas dan janganlah terlalu bersikap emosional hingga terlupa kepada batas-batas dan norma-norma manusia yang rasional dan bertindak di luar kewarasan.   Selain itu kejohanan ini secara tidak langsung mampu mencungkil bakal-bakal baru bolasepak yang boleh digilap dan diketengahkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili ATM dan negara,” tegasnya.

Turut hadir Komandan IKED selaku Pengurusi Jawatankuasa Kerja Pertandingan Bola Sepak antara Kor/Rejimen TD 2015, Lt Kol Ab Rahman Mohmood dan Setiausaha PBTD, Lt Kol (KM) Abdul Kadir Jayalani Shahul Hameed.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close