MK Medan TimurSemasa

Juliet, Johari Dan Rosimah Johan Tilawah 9 Bgd

SARAWAK:   Seramai 27 peserta qari dan qariah dari pasukan-pasukan dibawah naungan MK 9 Bgd dan Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 9 Bgd menyertai Tilawah Al-Quran Peringkat MK 9 Bgd yang diadakan di Dewan Oya selama dua hari dari 6 hingga 7 Mei 2015.

Tilawah Al-Quran yang bertemakan Kesatuan Nadi Transformasi TD tersebut di menangi oleh Kapt Juliet Iskandar dari 9 Komp KPTD yang dinobatkan sebagai Johan Qari bagi kategori pegawai manakala LKpl Johari Zainal dari MK 9 Bgd menjadi Johan Qari bagi kategori LLP serta Rosimah Oyong dari BAKAT 3 RRD dinobatkan sebagai Johan Qariah.

Hadiah disampaikan oleh Panglima 9 Bgd, Brig Jen Abdul Rahim Sebeli kepada peserta Qari manakala Pengerusi BAKAT 9 Bgd, Norhamidah Mohd Jaiz menyampaikan hadiah kepada peserta Qariah.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close