3 DivSemasa

Media Didedahkan Dengan Ilmu Ketenteraan

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

NEGERI SEMBILAN: Seramai 80 pengamal media yang terdiri dari RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, The Star, BERNAMA NEWS, Harian Metro, Makkalosai, TV Al-Hijrah, Chinese New Daily, Tamil Press, Astro Awani, Respon Blogger, Redikal Blogger, Malaysian Defence, Panggilan Pertiwi dan Malaysian Defence Community  terlibat dengan Hari Media Bersama Tentera Darat 2015 sempena HUT TD ke-82 yang diadakan di Gemas pada 22 hingga 23 Mei 2015.

Hari Media Bersama TD tersebut dianjurkan oleh Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) yang bertujuan untuk mengukuhkan ikatan persahabatan dan meningkatkan lagi imej Angkatan Tentera Malaysia amnya serta TD khasnya bersama dengan pihak media selain untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pihak media berkenaan pelaksanaan tugas yang dilaksanakan oleh TD.

TD sentiasa menambah baik program bersama media pada setiap tahun untuk memberi peluang kepada pengamal media merasai pengalaman sebagai anggota tentera dan dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak.

Pelbagai program direncanakan kepada pengamal media seperti Pertandingan Menembak Pistol Glock 17 iaitu acara jatuh piring antara media yang dimenangi oleh tim daripada TV3, manakala media melawan tentera dimenangi oleh tim tentera yang disertai oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain dan pada masa yang sama  turut diadakan Pertandingan Membuka dan Memasang M-16 yang dimenangi oleh wakil daripada Utusan Malaysia.

Media juga diberi peluang menaiki kenderaan berperisai ACV 300 Adnan ke tapak Lapangsasar Obersvation Post (OP) 3 dan dipertontonkan dengan Demonstrasi Kuasa tembakan TD di OP 3 bermula dengan senjata FN Minimi, GPMG, 40mm AGL, 12.7mm HMG, Misil Berpandu Anti-Kereta Kebal Memtis-M, Misil Anti-Kereta Kebal Bakhtar Shikan, Mortar 81mm, Meriam 105mm, Meriam 155mm G5 MKIII, Astros II dan seterusnya dipertontonkan dengan aksi tembakan dari  PT-91M PENDEKAR.

Ketua Staf Markas TD, Mej Jen Datuk Mazelan Kasap menyatakan Hari Media Bersama TD ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada media yang banyak menyumbang kepada peningkatan imej positif TD dimata masyarakat umum.

“Kami tidak ada produk untuk dinilai oleh masyarakat dan kadangkala ia menimbulkan ketidakjelasan kepada masyarakat umum peranan sebenar yang dimainkan oleh warga ATM amnya dan TD khasnya tetapi amanah dan tanggungjawab TD sebagai benteng utama pertahanan negara tetap digalas walau ada ketikanya pengorbanan ini tidak didendang,” ujarnya.

Turut hadir Komander Artileri Div 3 Div, Kol Ahmad Abdul Rahman, Pemerintah Garison Gemas, Kol Radzuan Hj Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Hari Bersama Media, Lt Kol Wan Mohd Faizal Shahrin Wan Mohamad Fabillah serta pegawai-pegawai kanan TD dan anggota LLP.

[button color=”red” size=”small” link=”https://btdmonline.net/2015/05/album-foto-hari-bersama-media-td/” icon=”fa-external-link” target=”false”]Gambar-gambar sekitar Hari Media[/button]

Gambar: SSjn Nor Rizam Hamad, Pbt Mohd Nor Izham Shalahudin (PR TD), Pbt Zulkefli Abdul Aziz (PR TD)

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close