3 DivBersama PemimpinSemasa

DKT 2015 Uji Keupayaan Aset TD

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

NEGERI SEMBILAN: Menteri Pertahanan (MENHAN) Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hj Zulkefli Mohd Zin dipertontonkan dengan Demo Kuasa Tembakan (DKT) tahun 2015 bertempat di Lapang Sasar Asahan pada 28 Mei 2015.

Ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor serta Panglima Pemerintahan Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim lalu dimulakan dengan tembakan Opening Gambit sebagai simbolik menyambut kehadiran MENHAN ke DKT pada tahun ini.

DKT pada tahun ini melibatkan aset-aset TD seperti Kompeni Infantri (Mekanise), IFV Adnan, IFV 300 Adnan, dan Senjata Bantuan Batalion – Mortar 81 mm serta aset terkini  Kor Armor Diraja iaitu Kereta Kebal Pendekar PT 91, Condor APC, SIBMAS AFSV-90, Stormer, dan Scorpion manakala Rejimen Artileri Diraja mempersembahkan aset mereka iaitu Meriam 105 mm, Meriam 155 mm, dan Astross II.

Pada masa yang sama antara senjata lain yang turut melakukan demo ialah Senjata Anti Pesawat seperti Anza Mk III, Igla, dan Jernas manakala Senjata Anti Kereta Kebal pula seperti Metis M, Eryx dan Bakhtar Shikan serta dua buah pesawat F/A-18D Hornet dan empat buah pesawat Hawk 208 dari TUDM turut mempersembahkan aksi menarik.

Diantara Tarikan DKT pada tahun ini ialah demonstrasi persenjataan terbaru TD iaitu Kenderaan 8×8 Gempita.

Persembahan DKT 2015 ini diadakan sebagai pendedahan kepada Penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera dan juga Penuntut Kursus dari Pusat Latihan Ketenteraan dari seluruh negara.

Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zin, pegawai kanan TD dan anggota LLP.

[button color=”red” size=”small” link=”https://btdmonline.net/2015/05/album-foto-demonstrasi-kuasa-tembakan-2015/” icon=”fa-external-link” target=”false”]Gambar-gambar sekitar DKT 2015[/button]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close