HUT

Cabaran Dan Disiplin Mantapkan KKD

MELAKA: Seramai 18 Pegawai dan 249 anggota LLP Kor Kesihatan Diraja (KKD) terlibat dalam Perbarisan HUT KKD Ke-48 yang disempurnakan oleh Pengerusi KKD, Lt Jen Datuk (Dr) Hj Abd Razak Hj Md Yusoff di Padang Kawad Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) pada 11 Mei 2015.

Perbarisan terdiri dari lima Detasman diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan 96 HAT (Hospital Angkatan Tentera) Lt Kol (Dr) Mohd Hafizi Abdullah, dan diiringi oleh Pancaragam 9 RAMD (Para) di bawah pimpinan Drum Mejar SSjn Wan Khairul Akmar Wan Jaafar.

Pengerusi KKD dalam perutusannya berkata, sepanjang penubuhan KKD yang berusia 48 tahun pada tahun ini, terdapat banyak rintangan, cabaran, dan dugaan yang telah dihadapi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan selamat kepada ATM khasnya dan negara amnya.

Saya menasihatkan semua warga KKD agar mempunyai nilai disiplin diri yang tinggi, nilai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada perkhidmatan dan memberi keutamaan kepada kepentingan perkhidmatan serta mempunyai nilai integriti yang tinggi selain memiliki semangat setiakawan yang kukuh kerana tanpanya sifat ini akan goyah dan roboh” tegas beliau.

Perbarisan diteruskan dengan penyampaian Sijil Kepujian Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan kepada empat pegawai, 25 anggota LLP serta lapan orang awam dan seterusnya penyampaian Anugerah Kecemerlangan PKAT (Pusat Kesihatan Angkatan Tentera) kepada PW I Nor Azmi Mohd Zan dari MK Batalion 2 Bn UBAT dan CIV Navamani A/P M. Manikass dari HAT Tuanku Mizan.

Pada masa yang sama turut disampaikan beberapa anugerah yang lain iaitu Anugerah RSAT Terbaik yang di menangi oleh 805 RSAT Taiping, Anugerah PPAT Terbaik di menangi 701 PPAT Seremban dan  Anugerah PGAT Terbaik di menangi 609 PGAT Kuching.

Turut hadir Pengarah Perubatan Mej Jen Dato’ (Dr) Ya’akob Koming, Pengarah Pergigian Mej Jen Dato’ (DR) Sukri Hussin, Pegawai-Pegawai Kanan KKD, dan anggota LLP.

Gambar: Luqmanul Arif Abd Karim

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close