4 DivMK TDSemasa

Anugerah Kesiagaan Tempur PAT Tingkat Kesiagaan MK 4 Div

KUALA LUMPUR : Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) menerima kunjungan Tim Pemeriksa Anugerah Kesiagaan Tempur PAT dari Bahagian Inspektorat TD (BITD) yang diketuai oleh Inspektorat Jeneral TD, Brig Jen Mohd Zakaria Hj Yadi bertempat di Bilik Mesyuarat MK 4 Div pada 26 hingga 29 Mei 2015.

Anugerah Kesiagaan Tempur PAT diadakan bertujuan memilih formasi yang menunjukkan tahap kesiagaan yang tinggi selain dapat meningkatkan kesiagaan formasi dan dalam masa yang sama menghadkan segala kemungkinan ketirisan yang akan berlaku di masa hadapan.

MK 4 Div telah memperkemaskan tiga komponen yang dinilai dari segi Pengurusan, Perkhidmatan Teras dan Pengurusan Pelanggan dalam menghadapi anugerah ini berdasarkan senarai kriteria yang dikeluarkan oleh pihak BITD yang turut disertakan dengan bahan bukti. Turut diuji adalah rancangan kontigensi melibatkan pasukan tempur, pasukan bantuan tempur dan pasukan bantuan perkhidmatan bagi memastikan pasukan tersebut berada dalam kesiagaan tinggi pada masa yang ditetapkan.

Gambar: LKpl Fatin Izzati Amir

Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close