2 DivSemasa

Forum Perdana Ehwal Islam Bincang Ekstremis Agama

KEDAH:  Warga Tentera Darat (TD) dibawah naungan Markas 2 Div menghadiri Ceramah  Forum Perdana Ehwal Islam yang dipancarkan secara langsung oleh RTM di TV 1 sempena Hari Ulang Tahun TD Ke-82 bertempat di Padang Kawad Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) pada 14 Mei 2015.

Forum Perdana Ehwal Islam tersebut menjemput dua panel yang terdiri dari Ustaz Dr. Shauqi Othman dan Ustaz Mohd Zarifi Hj. Mohamad Daud serta di hoskan oleh Ustaz Rizal Ramli dengan ceramah mengupas berkenaan Ekstremis Agama.

Dalam ceramah tersebut panel jemputan menegaskan yang golongan ekstremis agama ini terlalu sayangkan Islam tetapi tidak memahami Islam dan kejahilan mereka ini dipergunakan untuk memberi imej buruk terhadap Islam di mata masyarakat dunia yang mana mereka berjihad tanpa memahami fekah lalu bersikap gelojoh dalam memartabatkan Islam.

Semangat yang berapi-api tanpa ilmu akan mendorong pendekatan keras dan ekstrem seperti yang pernah timbul daripada kelompok Khawarij dalam sejarah Islam yang mana sikap yang mirip Khawarij itu adalah seperti mudah mengkafirkan sesiapa sahaja, memerangi semua golongan yang tidak menerima mereka dan menggunakan hujah daripada nas Al-Quran secara zahir  tanpa merujuk kepada huraian hadis dan tafsiran para ulama,” kata Ustaz Dr. Shauqi Othman.

Manakala Ustaz Mohd Zarifi Hj. Mohamad Daud berkata umat Islam hendaklah memahami Islam yang mengajar umatnya bersikap sederhana, merendah diri sesama Islam dan bertegas dengan musuh-musuh Islam yang kafir serta hendaklah mempertingkatkan ilmu yang berkaitan dengan jihad dan amalan hidup Islam khususnya dan sentiasa mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tafsir Al-Quran, hadis dan fekah jihad.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD),  Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Pegawai-pegawai Kanan TD.

Gambar:  PW II Mohammad Solor Ismon

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close