3 DivSemasa

4 Bgd Johan Tilawah Al-Quran 3 Div

NEGERtil2I SEMBILAN:  Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanise) menjadi Johan dalam dalam Majlis Tilawah Al-Quran peringkat 3 Div Tahun 2015 yang disempurnakan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi pada 26 Mei 2015.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Pegawai, Qari dan Qariah yang melibatkan seramai tujuh peserta bagi setiap kategori mewakili formasi masing-masing iaitu 1 Bgd, 4 Bgd (Mek), 7 Bgd, Trup 3 Div, MK Arti 3 Div, 10 Bgd Para dan 21 GGK.til3

Bagi Kategori Pegawai, Johan disandang oleh Mej Mohammad Rashdan Abdul Razak daripada MK 4 Bgd (Mek) dan Kategori Qari, Johan disandang oleh Sjn Azman Md Yusof daripada MK 1 Bgd manakala bagi Kategori Qariah, Johan disandang oleh Rabiatul Adawiyyah daripada MK 10 Bgd Para.

Johan setiap kategori akan mewakili 3 Div ke Tilawah Al-Quran peringkat Tentera Darat pada 10 hingga 12 Jun 2015 di Dewan BKTD Kuala Lumpur.

Turut hadir, Panglima 1 Bgd, Panglima 4 Bgd, Panglima 7 Bgd, Panglima 10 Bgd Para, Ketua Staf MK 3 Div, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota LLP.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close