
MELAKA: Seramai 500 warga naungan MK 3 Div melibatkan Pegawai, anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan pekerja awam hadir untuk menderma darah dalam Program Derma Darah sempena Hari Tentera Darat Ke-82 bertempat di Dewan Terendak pada 27 Mei 2015.
Tujuan program tersebut adalah untuk membantu Tabung Darah Hospital Melaka dalam menyediakan stok bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan harian hospital dan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain telah memberikan tiga beg darah kepada pihak Hospital Melaka sebagai simbolik program tersebut.