3 DivSemasa

Tattoo Kemahkotaan Sultan Johor

Screen Shot 2015-07-08 at 11.50.50 AMJOHOR: Hampir 10,000 orang penonton hadir dalam Persembahan Tattoo oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan dan Yang diPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim bertempat di Stadium Kluang pada 4 Apr 2015.

Persembahan Tattoo tersebut mencatat sejarah tersendiri buat negeri Johor apabila ianya julung kali diadakan di negeri Johor dengan penglibatan 1200 anggota dari ATM dan 300 anggota dari PDRM yang menunjukkan persembahan yang memukau dan penuh semangat.

Acara dimulakan dengan persembahan drumliner dari Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (PUZIDA) lengkap berpakaian seragam disusuli dengan formasi hebat Kawad Senyap dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan persembahan Pancaragam Gabungan Tentera Darat iaitu Rejimen Askar Melayu (RAMD) dan Kor Armor Diraja (KAD) dengan lagu berirama tradisional.

Screen Shot 2015-07-08 at 11.51.42 AMSelain itu, persembahan Kawad Patung dari PDRM turut mendapat sambutan dan perhatian dari penonton berikutkan ia menggabungkan elemen lawak jenaka dan kawad yang menghiburkan serta persembahan Pancaragam Pusat PDRM yang memainkan lagu instrumental berirama rock lengkap dengan formasi tarian pelbagai gaya.

Acara kemuncak ialah Demonstrasi kepakaran dan ketangkasan Grup Gerak Khas (GGK) menyelamatkan mangsa tebusan lengkap dengan kemunculan dua buah helikopter Agusta disusuli letupan bom dan tembakan senjata mewujudkan senario kejadian sebenar mencuri tumpuan penonton yang hadir dan diakhir dengan Persembahan gabungan aksi payung terjun oleh 14 anggota GGK dan VAT 69 Komando yang membawa bendera setiap daerah di negeri Johor.

Screen Shot 2015-07-08 at 11.55.43 AMTurut hadir Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammudin Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Gambar: Kpl Nur Hamidah Zuber

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close