Bersama PemimpinSemasa

Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM

KUALA LUMPUR: Seramai 189 Pegawai Kadet ATM terlibat dalam Istiadat Perbarisan Pentaulihan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan ATM 2015 yang disempurnakan oleh Tunku Panglima Besar Kedah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Brig Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah diiringi PAT, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bertempat di Dataran PTD pada 25 Apr 15.

Dalam perbarisan tersebut, Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Lt M Muhammad Firman Mohammad Faudzi yang menerima sebilah pedang serta Piala Seri Perkasa dan Pegawai Kadet Terbaik TD ialah Lt M Mohamad Hairul Md Salleh manakala Pegawai Kadet Terbaik TLDM dianugerahkan kepada Lt M Mohammad Hanafie Mohd Yasir dan Pegawai Kadet Terbaik TUDM ialah Lt M Muhammad Afiq Izzudin Kamaruddin.

Tunku Panglima Besar Kedah yang  mewakili Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membaca titah SPB semasa perbarisan mengucapkan tahniah kepada pegawai muda ATM kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dalam dua bidang yang berlainan iaitu bidang ketenteraan dengan ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam ATM dan bidang akademik dengan memperoleh ijazah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pada alaf baharu ini berbagai ancaman bentuk baharu mula dapat dirasakan dengan berlakunya proses globalisasi dan saudara-saudari mestilah proaktif membantu dalam merancang masa hadapan ATM supaya dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan yang berlaku serta pada masa yang sama nilai peribadi dan akhlak hendaklah dijaga agar tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat,” katanya.

Selesai Istiadat Perbarisan, acara diteruskan dengan Majlis Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan ATM ke pangkat Lt M yang diadakan di Dewan Tun Templer, Maktab Tentera Diraja melibatkan 189 Pegawai Kadet ATM dan 67 Pegawai Graduan.

Turut hadir KSU Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta keluarga.


[huge_it_gallery id=”5″]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close