SemasaSukan

Penutup Kejohanan Olahraga TD Ke- 33

SERDANG: Penutup Kejohanan Olahraga TD ke-34 disempurnakan oleh PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 9 Apr 15.

Dalam ucapannya, beliau menyarankan kejohanan ini adalah landasan untuk menyuburkan semangat kesukanan, setiakawan dan meningkatkan elemen kesatuan di kalangan warga TD. Pada masa yang sama kejohanan ini juga mempromosikan budaya sukan yang berterusan.

Kejohanan kali ini mempertandingkan 27 acara kategori lelaki dan wanita dengan penglibatan 367 atlet lelaki dan 138 atlet wanita dari 9 formasi terdiri daripada Trup TD, Trup Pemerintahan Medan Tentera Darat, Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD), Pemerintahan Logistik Tentera Darat (PLTD), 1 Div, 2 Div, 3 Div, 4 Div dan Task Force 450.

Sembilan piala pusingan disediakan dalam kejohanan ini iaitu Piala Pusingan Olahragawati dan Olahragawan Kejohanan, Peserta Terbaik Kejohanan, Johan Lari Berganti-ganti 4x100m Lelaki dan Wanita, Johan Lari Berganti-ganti 4x400m Lelaki dan Wanita, Johan Antara Formasi (Lelaki) dan Johan Antara Formasi (Wanita).

Pada tahun ini 3 Div mempertahankan kejuaraan yang dimiliki pada kejohanan tahun lepas dengan memenangi Johan Antara Formasi Kategori Lelaki dengan merangkul jumlah enam pingat emas, lima pingat perak dan lima pingat gangsa.  Manakala PLDTD telah muncul Johan Antara Formasi Kategori Wanita dengan pungutan tujuh pingat emas, dua pingat perak, dan empat pingat gangsa.

Olahragawan pada tahun ini disandang oleh LKpl Nik Fakarudin Ismail dari 4 Div.  Pencapaian beliau di kejohanan pada tahun ini ialah dengan memenangi pingat emas bagi acara 1500m, 5000m, dan pingat perak bagi acara 10,000m.

Olahragawati pula disandang oleh Pegawai Kadet Melinder Kaur A/P Ragbir Singh dari PLDTD. Beliau memenangi pingat emas bagi acara 800m, 1500m, 5000m dan pada masa yang sama beliau dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kejohanan.

Acara dimeriahkan lagi dengan penglibatan PTD dalam acara Novelti 4x100m Brig Jen ke atas. Turut hadir Panglima-Panglima Formasi, Pegawai-pegawai Kanan TD, Pegawai dan anggota LLP.

Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly, PR TD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close