MK Medan TimurSemasa

MK 9 Bgd Anjur MCTP

SARAWAK:   Penduduk kampung disekitar Terminal Ekspres Kapit berpeluang menikmati perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan pergigian secara percuma serta promosi Askar Wataniah (AW) yang dianjurkan oleh Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (MK 9 Bgd) melalui Mobile Community Transformation Programme (MCTP) pada 12 April 2015.

Pasukan di bawah naungan 9 Bgd yang terdiri dari 9 SSD, 9 KOD, Rej 510 dengan bantuan dari pasukan perubatan 803 RSAT dan 624 PGAT telah dipertanggungjawabkan dalam menjayakan program tersebut.

Program ini merupakan julung-julung kalinya diadakan di atas kapal yang diberi nama Bondex Jaya 1 yang mana kapal jenis Landing Ship Tank ini boleh memuatkan muatan sebanyak 68 metrik tan yang merupakan hasil kerjasama 9 Bgd dengan Pengarah Urusan Sing Kiong Hong Dockyard Sdn Bhd, Mej (Kehormat) David Ling Kiong Hua.

Pada masa yang sama program ini juga membantu memudahkan masyarakat yang berada di kawasan sekitar pedalaman khususnya laluan sungai yang tiada jaringan jalan raya dapat didekati oleh tentera

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close