PengorbananRencana

Masih Hidup Selepas Terpijak Jerangkap Samar

Semasa zaman era komunis dalam tahun 70 dan 80an, kawasan pedalaman dan hutan-hutan tebal di negara ini telah dijadikan markas dan tempat perlindungan oleh Pengganas Komunis bagi menjalankan aktiviti-aktiviti mereka dengan tujuan untuk melancarkan propaganda anti kerajaan selain untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan yang memerintah dengan cara kekerasan yang mana kawasan ini mereka jadikan sebagai tempat persembunyian serta perlindungan daripada Pasukan Keselamatan. Atas desakan untuk mempertahankan negara pada ketika itu, seorang anak muda bernama Sulaiman Din berasal dari Kampung Permatang Raja, Lumut Perak telah menyahut seruan kerajaan dengan memberanikan diri ke pemilihan ujian memasuki tentera dan beliau akhirnya terpilih lalu menjalani latihan ketenteraan pada 6 Jan 1976. Bagi mengetahui lebih lanjut lagi pengalaman dan pergorbanan yang dicurahkan oleh LKpl Sulaiman Din ikutilah Wawancara Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Pbt Ainur Aisyah Yahaya dengan Jurugambar BTDM, Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan bersama beliau.

Rjr Sulaiman Din menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson selama enam bulan dan setelah tamat menjalani latihan beliau di tempatkan di dalam Rejimen Renjer Diraja (RRD) di bawah pasukan 8 RRD yang pada ketika itu berpangkalan di Ipoh Perak. Setelah beberapa tahun berkhidmat beliau telah bertemu jodoh lalu berkahwin dengan seorang gadis bernama Fauziah Mohd Sharip pada 17 Apr 1980 dan dikurniakan lapan orang cahaya mata. Ketika beliau di pasukannya beliau telah menjalani pelbagai latihan untuk memantapkan diri beliau sebagai seorang anggota Renjer dan pada masa yang sama turut terlibat dalam banyak operasi yang dijalankan oleh pasukan bagi membenteras pengganas komunis yang berleluasa ketika itu.

Pelbagai onak dan duri dialaminya semasa melaksanakan operasi yang dilaksanakan oleh pasukan dan antara pengalaman yang beliau tidak akan lupakan ialah semasa beliau terkena letupan jerangkap samar ketika melaksanakan operasi menghapuskan pengganas komunis yang mana peristiwa itu masih terpahat disanubarinya yang menyebabkan beliau masih berdendam kepada pihak komunis sehingga ke hari ini.

Peristiwa pahit tersebut berlaku pada 12 Dis 1976 pada hari Jumaat yang mana berlaku satu letupan kuat dihadapan beliau lalu menyebabkan dahi disebelah kanannya berdarah kerana terkena serpihan letupan jerangkap samar dan pada ketika itu rakan beliau datang membantu memberikan rawatan dengan segera sehingga bantuan tiba lalu di bawa menerima rawatan susulan selama seminggu di hospital.

“Pada ketika itu, bila-bila masa sahaja jasad saya akan hancushapeimage_2-10r jika kaki kanan saya yang terpijak jerangkap samar diangkat malah bukan setakat saya, tetapi rakan-rakan lain pasti akan terbunuh kerani kaki saya berada di atas pin peletup jerangkap samar itu dan anggaran saiz jerangkap samar yang dipasang oleh pihak komunis sebesar saiz tin sardin .

“Kejadian itu berlaku pada hari ke -21 ketika saya menyertai Operasi Setia di Ulu Kinta, Chenor yang diketuai oleh Lt. Johnson yang mana pada ketika itu saya diberi tugas sebagai anggota semboyan dan selepas kejadian tersebut telah mengakibatkan saya hilang selera makan selama empat hari,” kata Sulaiman menceritakan semula kisah pahit tersebut. Selama Sulaiman menjalankan operasi, beliau pernah terserempak dengan 16 orang komunis tetapi gagal untuk memberkas mereka kerana dengan pantas seperti lipas kudung komunis tersebut lari bertempiaran apabila melihat pasukannya dan apabila sampai di perkhemahan komunis tersebut hanya kesan cap jari sahaja yang kelihatan. Selepas dari peristiwa tersebut beliau jarang lagi terlibat di dalam operasi dalam pasukannya sehinggakan beliau ditukarkan ke Kem Oya, Sibu dan sebelum menamatkan perkhidmatannya beliau di tugaskan di Kem Terendak, Melaka dan menjawat jawatan terakhir sebagai Ordeli Sarjan.

Sulaiman telah bersara pada 29 Jan 1987 dengan pangkat terakhirnya ialah LKpl dengan kehidupan yang sederhana dan selepas bersara beliau banyak menghabiskan masa dengan bercucuk tanam bagi meluangkan masa beliau dan dibantu isterinya yang berniaga secara kecil-kecilan. Menurutnya lagi beliau merupakan insan yang bertuah kerana umurnya masih panjang dan tidak terkorban semasa bertempur menentang pengganas komunis semasa melaksanakan operasi.

Darah pahlawan yang mengalir dalam tubuhnya tidak akan hilang dan semasa mengakhiri perbualan bersamanya, beliau masih lagi bersemangat untuk berjuang mempertahankan tanahair walaupun sedar akan dirinya sudah bersara kerana masih terpahat dihatinya akan kata – kata keramat RRD iaitu Agi Idup Agi Ngelaban dan berharap generasi kini agar tidak mudah alpa dengan keamanan yang dikecapi kini serta harus berterima kasih kepada pejuang terdahulu.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close