SemasaSukan

Kejohanan Olahraga TD Ke-33

SERDANG: TPTD, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi merasmikan acara Pembukaan Kejohanan Olahraga Tentera Darat Ke-34 di Stadium Universiti Putra Malaysia pada 7 Apr 15.

Dalam ucapan beliau, TPTD menyeru kepada semua atlet agar memberikan usaha yang terbaik untuk memenangi acara yang diwakili, serta bertanding dengan sewajarnya kerana kalah dan menang adalah adat pertandingan.  “Pamerkan disiplin yang tinggi dan gunakan platform ini untuk belajar bagaimana menguruskan pasukan dan menguruskan kejuaraan”, tegasnya.

Selain itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada para atlet yang telah mewakili TD di atas kemenangan Pasukan Hoki TD di Karnival Sukan Antara Perkhidmatan yang berlangsung pada 30 dan 31 Mac 15 yang lepas dan secara tidak langsung mengharumkan nama TD.

Turut hadir di dalam acara perasmian ialah Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain, Pegawai Kanan TD, pegawai-pegawai, atlet dan anggota LLP.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close