1 DivSemasa

Ceramah IS Beri Pendedahan Kepada Warga 1 Div

SARAWAK: Seramai 400 Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dan Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd) hadir mendengar Ceramah IS yang disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Pegawai Staf 1 Keselamatan Cawangan Perisikan MK TD, Lt Kol Abd Razak Sipit bertempat di Dewan Bukavu, pada 29 Apr 2015.

Ceramah yang dianjurkan oleh MK 3 Bgd ini bertujuan menerangkan kepada semua anggota TD tentang keganasan IS dan memberi kesedaran kepada semua lapisan anggota tentera di wilayah timur agar tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan ini yang cuba mengembangkan pengaruhnya di Malaysia.

Turut hadir Ketua Staf MK 1 Div, Kol Haji Muhamad Huzaimi Sabri dan Ketua Staf MK 3 Bgd, Lt Kol Wan Adenin Wan Mahsin.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close